Monday, April 26, 2010

KERINGAT IBU DEMI SEPINGGAN NASI

“Assalamualaikum abang, siti nak minta tolong boleh tak? Xcukup duit nk bayar duit exam, kalau xbayar xboleh ambil exam.. Mak ngan abah xde duit..”

“bro zaid, awat? Siapa yang telipon?”

“adik ana”

“dia xcukup duit.. banyak habis untuk menyiapkan projek tahun akhirnya..”

“Bro zaid, ade duit ke? Kalu xde, ana boleh pinjamkan dahulu”

“Syukran ya sufian, alhamdulillah ana masih lagi ada wang simpanan”

“ana ni bukanlah orang senang sufian, perlu berjimat cermat dalam berbelanja, sungguh ana datang belajar disini dengan duit bantuan adik beradikku, saudara mara, dan juga duit tabung hari tua ibuku...”

“Penat jerih ayahku mengumpul duit, keringat ibuku yg dek panas Bara api dapur kayu membakar kueh setiap kali menerima tempahan”

Aku bersyukur dengan kekurangan yang mendidik hati dan jiwaku…

Kerana kekurangan ini aku belajar untuk menghargai,

Kerana kekurangan ini aku belajar makna sebuah kasih sayang seorang ibu

aku bisa menangis keranaNYA,

Kerana kekurangan ini aku mengenal tuhan, dan cintaNYA

aku faham tidak semua orang sempurna

Kerana kekurangan ini aku belajar erti pengorbanan

Aku belajar untuk mengutip lemparan ketabahan

Aku belajar untuk menjahit layar dugaan dengan keimanan

Kerana kekurangan ini aku telah belajar erti kehidupan dan terus melangkah dengan pengharapan pada Tuhan.....

“ana sedih melihat ibuku, begitu susah, sedaya upaya menyediakan kami selengkapnya. .

Ibuku sanggup makan nasi putih berlaukkan dengan garam semata-mata memastikan kami dapat makan yang lebih sempurna.”

“Tiada siapa yang tahu keperitan hidup kami, hanya pada Allah kami sujud menyembah memohon rezeki untuk hari esok”

“Kalau dapat makan ikan, ketika waktu kami begitu tiada wang.. Ayahku dah pencen, duit pencen berapalah sangat utk menampung hidup kami… ibuku memberikan alas an, bahawa dia tidak lapar, makan ikan kering dah cukup…Kami adik beradik sangat terharu dengan pengorbanan kasih sayangnya kepada anak-anaknya. ..”

ana orang susah, rumah papan yg semakin dimakan anai-anai itu hanya menunggu waktu untuk tumbang menyembah bumi.. Waktu kecil masih tergiang-giang dimemoriku, ayah menghantar ana dengan basikal tua, di waktu hujan lebat menyimbah kami.. Ayahku membiarkan dirinya basah.. bagi melindungi baju sekolah dan kasut putih aku..”

“Sehingga mati pun belum tentu ana dapat membalas jasa mereka..”

“Ana menangis sendirian terkenang jasa kerana ibu ayah, ana mampu belajar dimenara gading. Ana disini bukan kerana aku seorang yg bijak pandai,tapi kerana doa ibu ayah yang tak putus-putus berdoa kejayaan kami adik beradik”

ana disini membawa harapan ibu ayah yg mengharap kejayaan seorang anaknya,

ana disini kerana penat lelah ibu ayah ku yang membanting keringat demi menampungku,

ana disini membawa segalas airmata ibu ayah,

ana disini kerana ibu ku sanggup makan berlaukan garam, mengadap diri dengan bahang api dapur kayu utk menjual kueh bagi menyediakan makan minum kami sekeluarga,

ana disini membawa kasih sayang mereka…

ana disini kerana mereka semua yang berkorban untuk kejayaanku

ana banyak dosa dengan mereka..Ya Allah ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku..

Kasihinya sepertimana mereka mengasihiku, kurniakanlah kekuatan bg mereka sepertimana ia membanting keringat kekuatannya untuk ku.

Sebab itulah hatiku ini sangat rasa bersalah,dosa yang ana lakukan dulu tika ana lalai dan tersasar dari jalanNYA, jika diketahui oleh mereka,Ya Allah sudah pasti hancurlah segala harapan dan pergorbanan mereka terhadapku….

“bro zaid, kan anta dah berubah,. Yang berlalu..Biarkan terus berlalu...Dan masa yg ada sekarang manfaatlah sebaik-baiknya…”

Alhamdulillah, Allah masih lagi mengasihi ana dijalannya, masih lagi berkehendakkan ana utk berbakti dijalannya selain menjadikan amal kebaikan sebagai kafarah menghapus dosa-dosa yang lalu...

“Syukran ya Rabb.Ana turut gembira sekrang anta lebih baik dari dahulu.. setiap yg terjadi itu,sekalipun pertemuan manusia dengan seekor semut dipadang pasir yg seluas lautan,ia masih lagi dalam percaturan Allah s.w.t..”

“Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

(Al-Baqarah: 216)

“Samalah dengan masalah, dugaan, cubaan, yg datang menziarahi diri manusia itu adalah kerana menguji sejauh manakah iman dihati mereka..”

Mana mungkin ana tahu betapa manisnya madu jika ana tidak pernah merasa pahitnya hempedu, mana mungkin ana akan tahu betapa nikmatnya hujan jika ana tidak pernah merasa betapa sengsara panasnya mentari, mana mungkin ana kan tahu betapa besarnya nilai seringgit jika ana tidak pernah membanting keringat demi wang bagi menampung kehidupan utk sepinggan nasi, mana mungkin ana akan tahu betapa enaknya secubit nasi jika ana tidak pernah merasa seksanya mengikat perut.. “


“semua yang terjadi,membentuk peribadi mulia anta sekarang..tanpa ujian dan dugaan tersebut, anta tidak mungkin berada dijalan dakwah islam mentarbiah anak-anak muda yg bermasalah sekarang..”

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”

(Al-Insyirah: 5-6)




No comments: