Saturday, October 31, 2009

(AKU SEKARANG !== AKU DULU)

Wednesday, October 28, 2009

Dugaan Hidup

Assalamualaikum...


Berkongsi pengalaman hidup selama 20 thn...
Hmmm..sebnrnya bnyak dugaan yg ku tempuhi..x sedar dah 20 thn berlalu..rasa mcm kanak2 ag..(hehe..over la plak)..tapi btul,x rasa pun mcm umur 20..kdg2 kwn2 @ saudara mara pun tegur..umo dah 20 tapi perangai cm budak2..hehe..bru la cute..btul x? Sebenarnya kematangan tu wujud dlm diri dulu kot..coz aku dpt rasa aku dah semakin matang dlm membuat keputusan..misalnya dlm urusan pelajaran..Bnyak perubahan yg aku lalui..dan bnyak juga dugaan yg ku tempuhi..
Bermula dari tadika sampai la sekolah menengah dan sekarang di universiti.. Hmmm..dugaan mmg bnyk..mengenangkan aku nie anak sulung..so kena bljr sungguh2..
Dugaan bermula bila aku mula mengenal erti kehidupan terutamanya sebagai seorang anak.


Mak abah antar g sekolah,so kena belajar rajin2..kesian kat mak abah..penat antar aku g sekolah...aku pun pulun bljr..alhmdullilah dpt smbung masuk sekolah menengah..tapi masa UPSR result xla elok pun (setakat 3A ja) tapi alhamdullilah dapat sambung g sekolah menengah..masa sekolah menengah ni la dugaan datang dengan banyk sekali..mungkin sebab aku dah semakin meningkat dewasa kot..di alam remaja org ckp bnyk dugaan..btul la..masa msuk form 1 aku bljr sesi ptg..so dugaannya msuk nk g sekolah n balik sekolah..sebab kena berebut bas..jauh jgk umah dari sekolah,so terpaksa la naik bas...hanya Tuhan ja yg tahu,perasaan dalam bas yg penuh dgn org..mcm tin sardin ja bas tue..(aku slalu naik bas pak long)..kena berhimpit2..klu t'lmbt t'paksa la b'diri..huhuhu..tue cita dlm bas x msuk ag bab bljr plak..tapi soal bljr ni x bnyak masalah sgt....tapi dgn kekwn tu ada la..biasa la kdg2 ada salah faham..Hmmm..aku bljr kat sekolah menengah tu smpai form 3 ja..so selesai la dugaan pasal berebut bas nie..tapi aku tahu dugaan lain pasti kan muncul...

Aku dapat tawaran sambung form4 ke MRSM..aku punya result PMR kira ok la jgk(7A)tu yg dpt smbung g MRSM tue..klu kat MRSM nie biasala kena duk asrama..so ni salah satu dugaan yg aku kena tempuh..aku mmg x pernah berjauhan dari family...sedih sgt masa mak abah nk tinggal aku sorg2 kat MRSM tue..dah la aku xda kwn pun kat situ..tinggal la sorg2..huhuhu..Tapi aku yakin aku bleh suaikan diri..aku kn anak sulung,so kn independent la skit(tapi sebulan lbih jgk nangis dlm toilet masa nk mandi coz ingat kat umah..hehehe)...kat MRSM ni lg la bnyk dugaan yg aku tempuh...hmmm..mmg bnyk sgt.. jauh berbeza masa aku sekolah menengah dulu..mana xnya..smua org kat sini, smua pandai2 belaka..mcm aku yg sederhana nie kat 'belakang' la sket..tapi aku tahu setiap kejayaan yg diidamkan pasti perlukan pengorbanan...aku cuba sedaya upaya untuk suaikan diri...alhamdullilah akhirnya aku bleh teruskan walaupun kdg2 aku tersungkur..pernah jgk aku fikir nk putus asa ja..biarla dpt result teruk pun..aku mmg x pandai pun..tapi bila aku fikir balik2,napa aku bleh masuk sini klau aku x pandai dan semua kwn2 aku yg pandai tu mkn nasi yg sama ja dgn aku..lepas fikir semua tu semangat utk teruskn perjuangan trus ada..smpai la SPM muncul...alhmdullilah,aku dapat jawab dgn tenang..dan resultnya bleh la diterima pakai..hehe..segala keperitan di sekolah berakhir jua bila tamat ja paper SPM yg terakhir....kita enjoy...hehehe..

Sekarang aku di u..hmm..dugaan xla sebnyk mcm kat sekolah dulu..mybe dah pandai bawak diri kot...dah pandai fikir apa yg baik dan apa yg buruk...

Lumrah kehidupan manusia sememangnya penuh dgn dugaan...tanpa dugaan kehidupan tanpa warna..dugaan yg mencorakkn kehidupan..dugaan juga yg mematangkan manusia.. DAN apa saja dugaan yg terpaksa ditempuhi hadapi la dgn tenang sesungguhnya Allah s.w.t. suka pada hambaNya yg bersabar...Teruskan hidup walaupun segunung dugaan yg terpaksa di harungi...Moga beroleh keberkatan dariNya...
amin.....

Pesona Cinta

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...

Artist: Hijjaz

Wednesday, October 21, 2009

KISAH SEMPURNA

Assalamualaiku...

Berbicara mengenai sempurna..
Sempurnakah kita?
Sempurnakah kita sebagai seorang anak?
Sempunakah kita sebagai seorang pelajar?
Sempurnakah kita sebagai seorang ibu,bapa?
Sempurnakah kita sebagai seorang isteri,suami?
DAN YG PENTING SEMPURNAKAH KITA DISISI ALLAH S.W.T>

Aku selalu berfikir..."kenapa dia cantik? Dahla cantik pandai plak tu..hmm..sempurnanya dia" Seolah-olah aku merasakan diriku kurang..x sempurnakah aku???
Tapi bila aku fikir balik..setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan masing2. Allah S.W.T mmg Maha Adil...xda seorang manusia yang sempurna.Pasti ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan..Aku mula berfikir bila aku cuba memerhati gelagat manusia disekekelingku..Tanpa sedar ku dapat mentafsir sendiri erti sempurna itu..Aku seorang anak,seorang pelajar dan seorang hamba ALLAH S.W.T...aku juga sempurna..seperti mereka yang aku perhatikan..aku seharusnya bersyukur atas kurniaanNya..

Sempurna dimata x semestinya sempurna disisi Tuhan...Aku masih ingat,aku selalu nk kelihatan sempurna dimata orang terutamanya org2 yg aku sayang..tapi kata org2 yg aku sayang,mereka lebih sukakan aku dengan sikap semulajadi aku..kenapa??
Kata mereka itulah aku yang sebenarnya...dan mereka selesa bila aku dengan sikap semulajadiku...Ya..AKU ADALAH AKU..buat apa susah2 cuba menukar pernampilan diri semata2 hendak sempurna dimata org..aku seharusnya berfikir menjadi hamba yg sempurna disisi Tuhannya..aku terlalu mementingkan kesempurnaan...kenapa? Kerana aku nk org ckp..'eh..cantiknya awk, bijaknya awk, bainya awk, bergayanya awk,pandainya awk,"..semuanya kerana kebanggaan yang di dipertaruhkan...

Sedar x aku? Aku pun cantik,aku pun bijak, aku pun baik..tapi kenapa aku tak pernah puas??
Mgkin sebab manusia x pernah berpuas dengan apa yang dia dah ada.. Akuilah sekarang manusia x pernah sempurna..Kita yang selalul merasa diri kita terlalu sempurna menyebabkan timbul perasaan bongkak dalam diri..apa yang penting sebagai manusia kita seharusnya bersyukur dengan kurniaanNya..aku perlu sedar..AKU ADALAH AKU.

Tuesday, October 20, 2009

Salahkah aku..

Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, ketika denganmu
Saat kau, kau belai rambutku
Kau temani aku, kau basuh lukaku
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Sadarkah kini ku tak rela
Imanku telah sirna
Mimpiku tak nyata
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

10 nasihat untuk orang yang bercinta

Assalamualaikum w.b.t...

Coretanku tulis ini hanya sekadar untuk renungan buat teman-temanku yang kini 'in relationship'.Semoga kalian berusaha untuk menjalin hubungan yang diredhai Allah..insyaAllah..



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Tuesday, October 13, 2009

Calculus+Programming




-nie la 2 buah buku yg aku slalu bwk p klas...berat jgk..huhu..TAPI..demi masa depan kan ku sanggup harungi..hehe...CALCULUS???Hmm...subjek yg agak digeruni...hmm...bukan.. sgt digeruni...hehe..4 kredit plak tue..bayangkan klau x dpt nk skor,mesti jatuh punya pointer...huhu..tapi syukur alhamdullilah,setakat nie bleh la lg ikut...subjek nie aku start bljr masa sem lps ag..sem nie dah masuk calculus 2..pecah kepala dibuatnya..huhu..harap2 bleh la lulus..kena pulun btul2 sem nie..habis2an berjuang!!!chayok!!!..ok..tue pasal calculus,nie pasal programming plak..subjek nie aku agak lemah sket...fikiran aku nie 'lembab' sket..subjek nie dia kena otak yg 'cekap" sket..tapi aku kn cuba jugak utk buat yg terbaik..insyaAllah.. setakat nie x pernah fail lg la..2 subjek nie mmg aku agak risau coz mmg subjek nie bg aku agk 'killer'..tapi kata orang genggam bara biar sampai jadi bara..btul x?? Jika nak capai kejayaan perlukan pengorbanan..realiti kehidupan manusia sememangnya penuh dengan cabaran..so,sebagai manusia yg kental,patut harunginya dengan tabah dan sabar..apapun lakukan yang terbaik....

Wednesday, October 7, 2009

Beza Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan

Membahas soal 'cinta' bukanlah perkara yang mudah, karena memang sampai sekarang belum ada penelitian yang boleh menghuraikan cinta secara definitif. Namun secara gramatikal, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang positif.

Dalam bukunya yang berjudul Women an Intimate Geography, Natalie Angier menulis: 'Cinta' adalah sebuah perasaan yang universal sehingga akan selalu ada selagi manusia itu ada. Sejak kecil manusia sudah diajarkan untuk mengenal cinta, walaupun penerapannya berbeza setelah manusia tersebut menginjak dewasa. Itulah sebabnya mengapa pengertian cinta antara dua insan pada akhirnya juga menjadi berubah dan berbeza.

Apakah bezanya?
Benarkah perempuan lebih memperlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memperlukan kepercayaan?

Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu berarti perempuan yang dicintainya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.

Benarkah perempuan lebih memperlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memperlukan penerimaan?

Benar. Lelaki selalu boleh mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini bukan di dapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini karena lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dia lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya. Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.

Benarkah perempuan lebih memperlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memperlukan penghargaan?

Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki menanggapinya dengan mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang didukunginya . Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahwa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

Benarkah perempuan lebih memperlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memperlukan rasa kagum?

Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. Begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk membaktikan diri bagi istrinya dan menyanjungnya.

Benarkah perempuan lebih memperlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memperlukan persetujuan?

Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan keabsahan hubungan mereka.

Tuesday, October 6, 2009

Kalau perempuan lawa........

Kalau perempuan lawa pendiam,
Lelaki akan cakap: wow, ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam,
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

Kalau perempuan lawa berbuat jahat,
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih...kesian..
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat,
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak hodoh...

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem,
Lelaki akan kata: ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem,
Lelaki akan kata: kesian.. mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata:... patut pun kena reject...

btol tak cite ni??btol kan..

mesti korang ingat aku anti-laki kan?? sbnrnya xpun..aku bkn apa..mmg ramai laki2 skrg mcm tue..penting sgt ke kecantikan tue..aku bkn ckp mcm 2 sbb aku x lawa..lawa la jgk(suka syok sndr)..hehe..tp kan..bkn aku nk kata, mmg rata2 skrg laki2 klu nk cari pasangan,first mesti nk kena cantik..napa ek?? Kdg2 kecantikan tue boleh membinasakan diri sendiri tau..buat laki2 kat luar sana..jgn terlalu memandang kecantikan,lama2 kan buruk jugak kan..so hargai la org yang sayangi dirimu..jgn slalu sgt mainkan hati perempuan..lama nnt korang jugak yang terseksa..korang xkan bleh hidup tanpa perempuan,tapi boleh hidup tanpa korang(rahsia kejayaan lelaki itu ada wanita disebaliknya)..hehe..ok..cuba korang hayati:

Wanita ibarat bunga..
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia,hanyalah wanita
yang mulia akhlaknya...kerana akhlak
itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi kahlak
buruk...tiada guna juga berwajah cantik tetapi
hati kosong dari ilmu...
Ibarat bunga...
ada yang cantik dipandang tetapi busuk
baunya.....
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga
kurang menyenangkan..
Ada juga bunga yang tidak menarik pada
pandangan mata kasar...tetapi bila dihalusi
dengan mata hati,ternyata amat tinggi nilainya...

Hmm..itu la tentang kecantikan seorang wanita..so wanita2 diluar sana jgn terlalu taksub dgn kecantikn sgt..hati pun mesti cantik jgk..baru la terserlah kecantikan yg abadi.. =)

Facabook Membunuh Rakyat Palestin???

Hmmm...biar btul??? Tp mmg itu kenyataannya..mulanya aku sendiri pun agak pelik..knp facabook bleh membunuh rakyat Palestin..padahal facebook nie bkn salah satu alternatif utk kita bleh cntct kwn2 lama ker?? buat kwn2 yang ada facebook tue..cuba korang baca article nie:
Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.
Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

So..apa pendapat korang?? Hmm..sy sndr pun xtau nk bg komen..cuma apa yg dpt sy katakan jika 1 hari nnt kita ditnya kemana kita bila saudara2 kita memerlukan pertolongan,adakah kita akn menjawab"saya menolong menambahkan modal bagi menyerang saudara2 kita itu"..so..fikir2kanlah k..

Sunday, August 30, 2009

Saat-saat Indah

Terkadang ada saat-saat
dalam hidup engkau sedang
merindukan seseorang begitu dalam,
hingga engkau ingin mengambilnya dari
angan-anganmu lalu memeluknya erat-erat!

Ketika pintu kebahahgian tertutup
pintu yang lain terbuka,tetapi.
seringkali kita memandang
terlalu lama pada pintu tertutup
hingga kita tidak melihat pintu yang lain,
yang telah terbuka bagi kita...

Jangan percaya penglihatan;
penglihatan dapat menipu;
Jangan percaya kekayaan;
kekayaan dapat sirna.

Percayalah pada dia yang dapat
membuatmu tersenyum, sebab
hanya senyumlah yang diperlukan
untuk mengubah hari yang gelap
menjadi terang.
Carilah dia yang dapat
membutamu tersenyum....

Angankan apa yang ingin kau angankan;
Pergilah kemana yang kau ingin pergi;
Jadilah apa yang engkau kehendaki, sebab
hidup hanya sekali dan engkau hanya memiliki
satu kesempatan untuk melakukan segala hal
yang engkau ingin lakukan.
Semoga engkau punya cukup kebahagian
untuk membuatmu tersenyum,
cukup percubaan untuk membuatmu kuat,
cukup penderitaan untuk menjadikanmu
manusiawi, dan cukup pengharapan
untuk menjadikanmu bahagia....

Mereka yang paling berbahagia
tidak harus memiliki yang terbaik
dari segala sesuatu;
mereka hanya mengoptimakan
segala sesuatu yang datang dalam
hidup mereka..

Masa depan yang paling gemilang
akan dapat diraih dengan melupakan
masa lalu yang kelabu;
Engkau tidak akan dapat maju dalam hidup
hingga engkau melepaskan segala
kegagalan dan sakit hatimu....

Ketika engkau dilahirkan,
engkau menangis sementara
semua orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalani hidupmu sekalian rupa,
hingga pada akhirnya engkaulah
satu-satunya yang tersenyum sementara,
semua orang disekelilingmu menangis...

Hayatilah hidup ini dengan sebaiknya,
semoga diakhirat engkau perolehi yang
terbaik..insyaAllah...

Friday, August 28, 2009

Warkah buatmu Adam...

Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
ikhlas dari Hawa

Monday, August 24, 2009

satu masa dulu

Pernah satu masa dulu aku jatuh cinta..dengan seseorang yang aku kenal melalui sms.. masa tu lepas spm..biasala masa tu tak tau nak buat apa kat umah..asyik nak 'kacau' orang je..hehe..no tepon dia aku ambik melalui seorang rakanku..merangkap aku punya roomate..tapi ex-roomate masa study kat mrsm dulu la...sekarang ex-roomate aku tu tak lama lagi jadi cikgu la kot..hmm..rasa rindu plak bila ingat balik kat ex-roomate aku tu..biasala banyak benda kitaorang buat sama2..terutamanya time makan la..sebab kitaorang memang kuat makan.. alamak!!.. marah plak ex-roomate aku nanti..hehe.. eh..nie cita pasal ex-roomate aku ke nie?? ok..kita continue balik pasal cita yang mula2 tadi k..sebenarnya 'seseorang' nie partner study group ex-roomate aku..tue yang boleh dapat no tepon dia tue..tapi sebenarnya aku bukan kenal dia sangat pun..walaupun dia nie seorang yang 'famous' jugak la...dia ada jawatan...antara top student jugak la kan...tapi berbeza dengan aku.. aku nie pemalu sket..satu kelas label aku perempuan melayu terakhir..hehe..sebab susah sangat nak tengok aku sembang2 dengan budak laki..sebenarnya aku bukan pemalu..sapa yang tak kenal aku mesti diorang label aku macam tue..aku nie sebenarnya agak periang jugak org dia..tak caya tanya adik aku..hehe..coz dia ja yang tau sikap aku yang sebenarnya....she's my best friend...huhu.. ok,continue2...aku ambik no phone dia sebab saja-saja ja..aku berkenan sangat tulisan khat yang dia tulis kat buku ex-roomate aku..cantik..orang cakap ada seni..aku try miskol ja mulanya..dah tak da sapa nak kacau kan..sekali ja miskol tapi tak sangka plak dia antar msg tanya sapa yang miskol dia..mulanya aku ingat tak nak reply tapi bila fikir balik tak pa kalau sekadar nak berkawan..awalnya aku takut nak bagitau yang aku budak sama sekolah dengan dia..takut dia kenal walaupun kelas kitaorang berbeza...so aku pun tipu dia..tapikan dah lama berkawan,kiranya tiap2 hari duk msg ngan dia ja...tak sampai hati plak asyik tipu dia..padahal aku kan nak berkawan dengan dia dengan ikhlas..tak baik plak tipu kan..so aku gtau kat dia yang yang aku budak sama sekolah ngan dia dlu..tapi dia terima ja coz dia tak kisah berkawan dengan sapa2 pun..aku pun lega...hampir setahun gak la kitaorang duk bersms nie..boleh kata apa2 masalah pun kitaorang kongsi sama2..yela,dah tiap2 hari duk msg ja..rasa macam tak lengkap1 hari kalau tak terima msg dari dia..mungkin dari situ aku mula menaruh hati..aku dapat rasa dia lelaki pertama yang sudi berkawan dengan aku..aku tak cakap lelaki lain tak sudi tapi mungkin sikap aku yang agak pemalu buat lelaki lain tak berani nak tegur kot..maybe la kan..segala masalah aku kongsi dengan dia..macam tu jugak dengan dia..banyak benda yang kitaorang selalu bualkan..sebab tu tak boring kalau msg ngan dia..sebab kitaorang mmg sependapat..tapi masa tak sellalunya indah..semuanya berubah apabila ada haluan hidup yang perlu diharungi..masing2 busy dengan kehidupan kat u..aku dengan cara aku dan dia dengan cara dia..kitaorang masih berhubung tapi tak sekerap dulu..mungkin dia busy, itu yang selalu ada dalam kepala aku..malas aku nak ganggu..lagipun masa nia nak kena belajar sungguh2pn..so,aku pn jarang hantar msg kat dia..masa terus berlalu...hubungan kami terus hambar apabila aku cuba contact dia tapi tak berbalas...rasa rindu plak kat dia..dah lama tak dengar khabar dia...tapi napa dia tak reply msg aku ek???pelik..busy sangat ke....2 minggu lepas tu,aku terima sampul surat..kat dalam sampul tu ada beberapa keping tulisan khat,nama aku..cantik sangat...dan ada jugak 2 lirik lagu..tapi yang hairannya surat tak pun...dari tulisan lirik lagu tu aku dah dapat agak hubungan aku ngan dia memang tak ke mana pun...memang sedih..dia pun dah tukar no tepon..mungkin tak nak aku kacau agaknya...masa tu hati aku mmg hancur..hidup rasa sunyi ja..apa tak sunyinya,kan selalu duk kongsi masalah dngan dia ja..sekarang nie..sorang2 ja...TAPI...ITU DULU....sekarang hidup aku dah berubah...bukan sebab aku ada pengganti baru dan bukan jugak aku dah lupakan dia tapi sebab aku sedar aku mesti teruskan hidup aku..aku masih ada tanggungjawab untuk aku pikul...aku masih ada orang yang lebih menyaingi aku..iaitu ibubapaku dan juga adik-adikku...bagi aku sekarang keluargaku lebih penting dari segalanya...aku akan cuba untuk menjadi anak yang soleh..insyaAllah...dan soal jodoh???Masih terlalu awal untuk aku fikirkan..cukup la sekali aku jatuh cinta...biarla Tuhan yang tentukan jodohku..aku kan terima dia seadanya...walaupun kadang2 hatiku sunyi tapi takkn aku menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita hanya untuk mendapat lelaki yang belum tentu dapat memberi cinta yang sebenarnya...aku ingin seorang lelaki yang betul2 menerima aku seadanya...bukan sekadar untuk memenuhi nafsu mereka saja... ingatlah..Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan....so, kita sebagai seorang perempuan, janganlah kita mudah tersungkur dengan cinta lelaki...bersabar dengan penuh keimanan untuk menunggu 'puteramu'datang membawamu ke mahligai yang iimpikan... insyaAllah saatnya akan tiba jua.....

Sunday, August 23, 2009

Untukmu wanita...



Untukmu wanita....


Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan..


Maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah S.W.T...


Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..


Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang..


Jadikanlah dirimu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam..


Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahiddah menuju Tuhan...

Sunday, August 16, 2009

Apa Cinta Sejati????

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?Ketika kita berciuman?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT...

Kita semua agak aneh...dan hidup sendiri juga agak aneh....
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupayang dinamakan C I N T A . .

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .Tapi ingatlah...melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .melainkan awal suatu kehidupan baru . .
Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimuBiarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas...

LAGI..Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .
tapi..ketika cinta itu mati . . .kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang . .
MELAINKAN mereka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh
Entah bagaimana...dalam perjalanan kehidupan,kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .dan menyadari . . bahwa penyesalan tidak seharusnya ada . . .
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kaubuat

TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata " A k u l u p a . ."
Menunggu selamanya ketika kamu berkata " T u n g g u s e b e n t a r "
Tetap tinggal ketika kamu berkata " T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i"
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata " B o l e h k a hs a y a m a s u k ?”

MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . .
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .
melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .
BUKANlah apa yang kamu lihat . . .melainkan apa yang kamu RASAKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .

Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .Dibandingkan menangis tersedu2 . . .
Air mata yang keluar dapat dihapus .sementara air mata yang tersembunyi ,menggoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G . . .

Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .
Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia . . dapat mencintai seseorang . .LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN karena kita menyadaribahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintaiMELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( " Fight For Your Dream" )Itulah: C I N T A S E J A T I . . .bukannya seperti: " Easy Come . . . Easy Go "