Monday, May 24, 2010

kisah Benar Yang Ajaib Di Dewan Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Cerita ini begini :

Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Thursday, May 20, 2010

MEMORIES IN SINGAPORE(part2)

Mlm nie rasa nak sambung la plak cerita pasal p Singapore 2..bukan apa...utk dijadikan sebagai kenangan..lagipn x abeh lagi cita pasal p singapore nie...bnyak tempat yg kitaorang p walaupn dlm masa 4 hari ja..2 yg penat sgt 2...

Ok..kita sambung cita..aritu shud ada gtau nak cita pasal first time kitaorang smpai Airport Changi kn?Ok2...citanya kitaorng smpai dlm kul 11 lebih mcm 2 la..lgpn Malaysia ngan Singapore x jauh..dlm 45 minit dlm kapal terbang dah smpai..nasib baik naik kapal terbang,kalau naik bas x ke ambik masa sehari gak 2....

Masa kitaorng smpai kat Airport Changi..mula2 nmpk kat luar xdela hebat sgt...klia lg cantik tapi bila masuk dalam...wow...agak hebat...kagum la jugak kitaorng dgn teknologi kat sana...

masa nie mula2 smpai..sblm masuk balai ketibaan...
xdela sesak sgt masa kitaorg smpai..mgkn pagi lg kot..
kat cnie kami smua kena beratur utk check pasport....
tinggi sgt dia pnya elevator...laju plak 2
selesai je urusan kat balai ketibaan,kitaorg g cari peta..ye la..mn la nk tau jln2 kat Singapore nie..kebetulan ada kiosk..so kitaorg tgk je peta..smbil2 nk cari mrt nak naik..kat singapore nie nk g mn2 smua pakai mrt..patutla jln raya diorg x sesak..
cpt2..kita kn cari MRT plak nie..
Jeng2..jeng...dah dpt kad MRT..lps nie bleh la naik MRT..kita pusing 1 Singapore..
nie first time kitaorg naik mrt kat Singapore...dari Airport nk ke stesen seterusnya..nk ke little India..tmpt penginapan kitaorg...

Hmm...2 la dulu cita pasal kitaorg smpai kat Singapore..nnt shud cita plak pasal tmpt penginapan kitaorang dgn first day kitaorg survive kat sana k..

RiNdU KaMu,sAyaNG kAmU...iBU


tetiba ja rasa rindu sgt kat mak kat kg...rindu kat smua...tgh2 mlm sorg2 mcm teringat balik dosa-dosa yg prnh aku buat kat mak ngan abah..banyak sgt jasa dan pengorbanan diorg yg x mampu aku balas....

Mak...sesungguhnya banyak kata2 Ada yg dah sakitkan hati mak..tapi mak tetap maafkan Ada..engkaulah ibu yang x dpt ku cari ganti..Mak maafkan silap dan salah Ada...Ada akan cuba jadi anak dan kakak yang baik..yang boleh dijadikan contoh buat adik2..insyaAllah..cuma 1 yg Ada harap...restuilah dan berdoa lah agar anakmu ini tabah dalam menghadapi dugaan Yang Maha Esa...

Sesungguhnya anakmu ini memerlukan mu...Mak...RINDU KAMU,SAYANG KAMU...MUAH...

Wednesday, May 19, 2010

Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Friday, May 14, 2010

LaManYA mEnYePi...

Assalamualaikum...

Rasa lama sangat x isi sesuatu dlm blog nie..bukan xnak isi cuma masa x ..terlalu sibuk..habis je exam,kursus php plak 3 minggu...mmg penat sgt..dari pkul 9 smpai 5 ptg..mcm org kerja pejabat plak..menghadap komputer ja 1 hari...mata pn dah penat...cuma cuti hari jumaat je...fuh!!!nasib baik ada gak cuti walaupun 1 hari ja tetap rasa b'syukur..penat sgt kursus nie..mmg la xda b'lari2 tp mata ngan otak yg penatnya....nk kn fikir,pastu nk kena selesaikn coding ag..sabar je la..demi masa depan...huhu..

Sebenarnya malam nie saja ja nk lepaskan rindu kat blog nie..lama x diisi,buka2 ja blog follower dh makin b'tambah...syukur alhamdullilah..ada jugak yg b'minat ngan blog yg x seberapa nie..sekadar hanya suka2.....tp terisi la jugak...

Esok kekawan kelas smua nk g umah,diorg cakap nk b'kelah...kawasan umah aku agak famous la jgk ngan kawasan rekreasi..so esok pagi2 ag diorg ckp nk b'tolak dah..katanya nk masak kat umah dlu bru la g b'kelah...xtau la cmna nnt...sama ada diorg suka @ x...ni la aktiviti kami 1 klas yg terakhir..lps nie dh x jmpa dh...sedih sgt bila fikir pasal p'pisahan nie..tapi mmg realiti kehidupan..setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan itu pasti ada kerinduan..

Thursday, May 6, 2010

Saya Suka....


Assalamualaikum...





Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita
saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut
nak pengang. bukan takut jari-jemarinya patah,
tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh
saling bantu-membantu di suatu hari yang amat
dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik
betulsungguh! Sebab itu saya belikan dia
tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok,
bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa
ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai
bila-bila takut nanti dibakar dek api neraka, di
suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang
Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita
saya solid betul. Sungguh! Sebab itu saya
belikan dia telengkung supaya masa 'dating
dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh
lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya
pun tumpang dapat pahala syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya
tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, 'Apa
ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-Quran
sebagai penenang jiwa semoga dia cintakan-Nya
lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-
macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta
elok-elok nanti awak sakit saya juga yang susah
hati bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang
sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu
sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh
berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya
mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-
cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih
sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di
situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.

Ya Allah, ampunkanlah kami
semoga kami dapat kekal bersama selama-
lamanya, di syurga nanti. Amin

Sunday, May 2, 2010

kerana sehelai bulu mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, “Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Wajah Suci- MESTICA



Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Paku yang lekat dihati....

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”


Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?




Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Saturday, May 1, 2010

MEMORIES IN SINGAPORE(part1)

Assalamualaikum...

Hari ni 1 Mei 2010..dah masuk bulan baru..rasanya bulan nie shud nk banyak berbicara mengenai kenangan la...bukan apa...kita hidup kat dunia nie pasti ada kenagan tersendiri kan? Ada yg indah dan ada yg pahit..Hmm..kali ni nk cita kenangan yg manis..tapi ada cket ja pahitnye..Ni pasal kenangan shud ngan kekwn gi Singapore..lbih kurang 2 bulan yg lepas..kitaorg g dlm 12 org ja(mmg i2 ja jumlah budak kelas..hehe)termasuk lecturer 2 orang..puan khairul ngan husband(en.anuar) dan en shamsul(our coordinator cycom)..tarikh kami bertolak rasanya 25 feb 2010 kot(x sure tp rasanya la.)

Kami bertolak awal pagi tu...sebelum subuh ag(dlm kul 5 lbh kurang)..bukan apa takut trafik 'jam'..naik bas uitm ke airport penang..maklumla kat jambatan tu selalu sesak tmbh2 waktu pagi..tu yg kami bertolak awal..walaupun waktu kami nk fly lmbt ag(dlm 9.40 pg). Kami mmg smpai awal kat airport(seperti yg dijangkakn)lebih kurang dlm kul 7 lbih la jugak..sbb kedah ngan penang bukan jauh mana pun...tp xpa awal pun bleh get ready sblum naik kapal terbang(first time shud naik kapal terbang nie..excited..hehe)

waktu ni kami baru smpai...siap pakai jaket ag..(k.farah,trah,adeq n pool)
kita bergambar dulu sebelum masuk...

Jom2...dah nak masuk balai pelepasan dah nie..
Yay..lepas..nasib baik xda apa2 masalah..=)
Kita bergambar dulu sebelum berlepas..hehe
2la kapal terbang yg kami nk naik...Air Asia..
dah msuk pun dlm kapal terbang...jom kita fly!!!!!
ni la antara paramugari2 yg duk melayan kami semua...
Eh...kapal terbang nie dah bergerak la....nk berlepas dah nie...bye2 M'sia...
Aik..dah atas udara dah...cepatnya..x sedar pun..huhu
Ni jambatan pulau pinang...dari atas udara..sempat fitri ni ambik gmbr...=)
dah nmpk awan dah..masa ni dah tinggi..
ni antara gmbr2 yg kami ambik masa atas kapal terbang..org lain smua tido kami ja yg excited duk ambik gmbr...

Ok lah..rasanya smpai takat nie dlu shud bercerita...ni baru pasal bertolak g singapore..belum sampai pertengahan cerita ag...nnt shud smbung ag...nnt pasal first time kami smpai Airport Changi plak k...