Salam buat semua.. memang la usia semakin tua, tak semua yg PERGI TAK KEMBALI.. tp yg selalu pergi terus itu namanya peluang, namanya kesempatan, namanya satu pelaburan... kita sendiri yg selalu tak ambil peduli.
Dulu cita-cita kita seorang pendakwah, seorang ahli politik, seorang jurutera, juga seorang doktor.. hati memang suka meronta, suka membidas, dan suka mencantas... dah elok berjalan dgn betul, terasa nak melompat.. dah elok guna motor dgn dua tayar, nak cuba juga dgn satu tayar(mat2 rempit sila ambil perhatian).. seperti dikata orang; nak berpolitik mesti pandai menipu, pandai-pandai ambil kesempatan..
Kita imbas kembali.. sejauh mana penipuan menguntungkan kita? Sejauh mana kepuasan nafsu membahagiaan kita? Sejauh mana kezaliman membuat kita rasa bangga? Setelah ditambah, tolak, darab dan bahagi.. untung sakit kat sini sempat bertaubat, klu kat sana baru nak sakit na'uzubillahi min dzalik..
Kita seorang penuntut ilmu.. perlu banyak membaca, mengkaji dan memahami.. halangan memang banyak.. borak dgn member, layan bola tak pun drama, melayari bahtera cinta dan sebagainya.. ada benda perlu buat, tp jgn berlebihan.. bak kata pepatah; "ikutkan kata binasa, ikutkan hati mati.." wallahua'lam. . wassalam..
No comments:
Post a Comment