Tuesday, March 15, 2011

Antara Buluh & Paku-Pakis

Assalamualaikum w.b.t...

Terdetik dihati untuk menulis sesuatu mengenai
perjalanan hidup ini...

Perjalanan hidup sebagai seorang
hamba Allah s.w.t di dunia ini...

Kadang-kadang keluarga terutamanya mak & abah
selalu cakap" jangan putus-asa kak..mak abah
yakin kak mesti boleh buat & 1 ari nnt kn b'jaya..
mak abah selalu doakan kejayaan anak2"


Dan baru seketika tadi ku lihat kawan2 fb yg belajar
di oversea..alangkah hebatnya diorang..
dapat belajar sampai ke negara orang...

dan aku..
cuma mampu disini...

ramai rakan2 sebayaku telah berjaya dan
ada jugak yang telah bekerja..
tetapi aku masih mengajar impian..

Pabila perkara ini bermain dibenakku,
terus aku teringat mengenai antara buluh & paku-pakis
@ nama kampungnya pucuk paku...

Memandangkan aku nie org kampung,
pernah jgak aku mengikut abah ke bendang mengutip
pucuk paku..

dan selalunya di bendang ada pokok buluh..
kalau nak dibandingkan pokok buluh dan pucuk paku
ternyata pokok buluh lebih tinggi...

"selalunya pucuk paku orang x tanam kn bah?"

"mana ada org tanam...dia tumbuh sendiri..pucuk paku nie
dia cepat tumbuh..nnt kita kutip nie..dia tumbuh lg"

Terfikir aku untuk membezakan pokok buluh dan pucuk paku
yang ada di situ..

Pucuk paku cepat tumbuh tapi pokok buluh lambat.

Kalau diikutkan poko buluh mmg lambat tumbuh..
Masa nak raya pernah arwah tokwan berpesan kat pakcik..

"ambik buluh2 yg sesuai sudah la...jgan duk potong semua pokok
buluh tue...nnt taun depan x makan lemang la kita"

Memang pokok buluh lambat nk tumbuh..
kalau pucuk paku dah berganti generasi tapi pokok buluh baru nak bertunas..

tapi apa yang membezakan pokok buluh dan
pucuk paku disini..pokok buluh lambat tumbuh
sebab ia mengambil masa mengembangkan jaringan akar yang akan digunakan
seumur hidupnya untuk berdiri tinggi dan kukuh sehingga angin
sekuat manapun tidak mampu menumbangkannya.

"Allah tidak menguji kita diluar kemampuan"
teringat kembali kakak usrah yg prnh memberi tazkirah.

Inilah yang disebut dalam maksud firman
Allah s.w.t:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakanna dan dia
juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
(al-Baqarah:286)

"Jangan terlalu membandingkan diri kita dengan orang lain"
adikku Ayu pernah berpesan.

Aku sememangnya selalu membandingkan diri dengan
rakan-rakan yang kulihat mencapai impian mereka
dengan cepat..seolah2 tidak bnyak dugaan
yang mereka tempuhi.

Ya!Aku telah berusaha mengukuhkan 'akar'ku bertahun-tahun.
Aku telah meletakkan impian yang sangat tinggi..jauh
lebih tinggi daripada mereka..dan tentulah aku
memrlukan masa yang lebih..

Mereka cemerlang di bidang mereka dan aku juga
pasti akan cemerlang di bidang yang aku minati.

Kisah pucuk paku dan buluh tadi menjadi inspirasi
buatku..bukan untuk membanding pucuk paku ngan buluh
tapi sekadar mengambil iktibar dan insprasi dari ciptaan Allah.

Belukar ini wujud dengan adanya berbagai2 pokok dan tumbuhan.
Alam ini juga indah dengan pelbagai kemahiran dikalangan kita.

Dan kini..
aku yakin tunas impianku akan tumbuh secepat buluh selepas ini.
Aku akan berdiri teguh penuh yakin seperti
buluh yang tidak akan tercabut
dari bumi walaupun sesekali angin meniupnya
hingga melengkung ke bumi.

"Ya Allah,ya 'Aliy, ya Muta'ali...
Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Meninggikan kedudukan.

Aku berserah kepadaMu dalam usaha mencapai impianku
yang tinggi.







No comments: