Saturday, November 27, 2010

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus

Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang berada di puncak gading ukm kampus kuala lumpur dalam bidang sains kesihatan.dah nk abis dah pengajiannya.teringat kata2 yus semasa kecil yg dia hendak menjadi profesor masa dah besar nanti.cepatnya masa berlalu.dah besar panjang anak emak.

"Mak......exam toksikologi tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap.td paper last..ada program luar mak.isnin ni insyaAllah yus balik kmpg"

Begitulah bunyi SMS daripada yus. Mak tahu yus sgt sibuk,dgn nk study,program yg banyak,byk jawatan yus pegang..mak dah nasihat byk kali tuk kurangkan aktiviti..tp,mak tahu,anak mak ni mmg degil..dulu masa skola menengah xda seaktif sekarang.masa cuti kat rumah pun,bukan tahu nak duduk rumah,ada je program dan metingnya..mcm2 ragam anak mak sorg ni.walaupun mak ada ank 10 org.tp,semuanya mak syg samarata..kekadang rindu jugak nk brcakap..tp,mak simpan rindu tu..sesekali menitiskan air mata.mak xnak mengangu anak mak blajar..mak tahu yus sibuk..teringat balik msj yus td.Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

yusri anakku yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan yus. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga yus berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

yus,bagaimana dengan kehidupan,bilik dah kemas x? Mak harap yus pandai berdikari hidup berseorangan dan terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang yus akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

yus yang dikasihi, mak harap yus jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun yus sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.jgn lupa senaman,sihatkan fizikal,nati xmudah kna penyakit..sarapan jgn lupa..kalau xda duit,boleh telefon mak,insyaAllah rezeki yg Allah berikn kat mak ada.

Ingatlah pesanan mak,yus,jgn tinggal ibadat harian.ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.


Begitulah hakikat diri kita yus..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.
Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh berusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian tokskologi yus yang yus beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya..yus,setiap manusia akan berhadapan dgn berbagai2 masalah..Allah datangkan sesuatu ujian sebab dia sayang sangat pada kita.xpa kalau hidup bersendirian tanpa kawan yg memahami,yakin Allah itu sentiasa ada bersama kita..hidup ini untuk menyelesaikan masalah dan kehidupan didunia ini sangat singkat..harap yus dapat bersabar dengan apa2 dugaan yg Allah berikan.Allah itu sgt dekat dengan kita.kita je xperasan sebab terlalu asyik terleka dengan nikmat dunia.Cukup disini dulu yus. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan keluarga di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada yus untuk terus berjuang. Mak doakan agar yus sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.

Wassalam

Salam sayang,
Emak

~karya asal di sini~

p/s: sesungguhnya seorang ibu sentiasa mendoakan kejayan anak mereka. Saya sayang sangat ibu saya..terima kasih mak!!!kerana doa mak selama nie saya menjadi seorang manusia..

Friday, November 26, 2010

LeLaKi IdAmAN sAYa


Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…


~puisi dipetik dari
perhiasan diredhai~

Thursday, November 25, 2010

150 juta

Assalamualaikum..

1st time dgr
lagu nie masa my sis yg gtau..

hebat my sis nie
smua dia tau...

mula2 dgr..
terus ckp:

"dia pnya lyric interesting"

bleh layan...hehe





Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua"

"saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..




lirik dia menarik!!!

apa yg saya faham??

lagu ni mgkin pasal
pakwe dia yg still syg kat makwe dia
walaupun makwe dia nie
ala2 Head Girl xpun
Iron Lady gitu..


maybe la..

that's juz my opinion..hehe

okey..
klu nak layan lagu nie
layan kat sini


p/s: teringat plak kisah Addin & Benz...huhu


Wednesday, November 24, 2010

~Addicted with Hlovate's novels~

Assalamualaikum

masa cuti panjang nie
mmg banyak menghabiskan membaca novel & cerpen
secara online terutamanya di penulisan2u.

Tapi...
smua cerpen2 or novel2 kat situ x bleh nak tandingi
Hlovate punya novel.

Hlovate..
ur mmg TERBAEK!!!!

gaya penulisan yg santai..
kelakar..
sempoi giler...


dan
baru je selesai baca Hlovate pnya novel
aA+bB
Fuhh..layan habis..

my sis yg beli..
mmg menarik cite dia..

kisah cinta diantara Addin & Benz
dimana mereka pernah menjadi musuh
dan tanpa disangka bleh plak menjadi suami isteri.

Tangannya menarik setangkai
tulip dari vas itu.Tulip diukir dari kayu.

"You nak beli ni?"Tanpa sedar Aie
berada disebelahnya. Aie. Benz.

Addin menoleh." Cantik, kan?"

"You nak bagi siapa?"Mata ais tu mencerun.

Addin angkat kening,bertanya.
"Berdaulat sangat ke bunga ni?"

Wajah tak berperasaan itu mengoyak senyum nipis.
Dia menarik setangkai tulip kayu dari vas tu.
"Handcrafted.Kalau ikut ceritanya, bunga ni
untuk kekasih daripada kekasih."
Matanya berpindah ke wajah Addin.
"Bila the girl atau guy tu letak bunga di tepi telinga dia,"
dia meletakkan tulip tu di tepi telinganya,
"the tulip will whisper their love's name"

Addin merenung Aie dengan kening terangkat.
Kemudian dia ketawa. "Ooo..I see.
Kalau you're my love,you give me the flower, then it whispers your name?"

Novel nie mmg best..
Bagi sapa2 yang x baca lagi
saya rakemenkan
baca la...

Selain novel nie..
Ada 1 lagi novel Hlovate
yg mmg btul2 saya addict tahap gila[ish...bahaya btul..hehe]

iaitu..
VERSUS

novel nie mmg the best among the best..

mmg interesting
tagline dia

"Lihatlah bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!"

jika dilihat dari tagline dia pn dah dapat agak
kisah di mana perubahan seorang insan iaitu
Mohd Ashraff Omar @ AO
dari seorang yang begitu 'nakal' kepada lebih beriman apabila
dia bertemu dengan seorang perempuan bernama
Minn Edina @[Ed'Sassin].

Gi-la!!Partner aku budak camni!
Nak suruh aku masuk kelas agama ke?
!Nie nak tolong ke nak bagi kaunseling !

Baru je aku berangan nak dapat mentor yang happening.
Yang cun...Yang cool...Yang stylo...Yang seksi..
.Sekali dapat ustazah!Huhuhu....Gigit jari la!

VERSUS
bermaksud
berlawan dengan diri sendiri agar
menjadi lebih baik,bertarung untuk meninggalkan diri yang lama,
diri yang dipengaruhi street life yang jauh tersimpang dari jalan Allah.

“Not a step away from that spot, AO.”
Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”
“Back. Off.”

Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you.
I want to give us a chance.
Permintaan
I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan
change for good, for you and for me. For us.
Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.

novel nie mmg memberi kesan yg mendalam..
kadang2 rasa nk nangis pun ada..huhu

seriously
bagi sapa2 yg minat novel tu
jgn miss utk baca VERSUS
anda xkan rugi..

VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."


kalau tengah baca novel nie
layan la bersama2 dengan lagu Menjemput Bidadari
layannnnnnn....


lagu nie sebelum AO propose Minn
aah...mmg sgt romantik.
[i wish i could have a guy like AO..he's awesome..hehe]

smua novel2 Hlovate smua best
mcm 5 thn 5 bulan
tunas
rooftop rant

even yg x baca lagi mcm Gurindam Jiwa & Ked's Story
pun i think mesti best jgak
sbb
smua karya Hlovate smuanya bessssttttt..

thanks Hlovate...
for making me to learn dream and let my head
slip off into your story..hehe

Love + Hate = Hlovate

p/s: siapa Hlovate nie sebenarnya ek?Mystery btul...really2 want to know who is Hlovate..he @ she??dgr2 dia ni bdak medic..hmm..x heran la dia pnya watak dalam karya dia smua student oversea..nie yg buat diri berkobar2 nk terus belajar sungguh2 smpai oversea..terpengaruh dengan watak2 dlm novel Hlovate..dashyat gila penangan Hlovate nie..hehe





Tuesday, November 23, 2010

Oh..Lelaki!!!!



Assalamualaikum...

Masa tengah skodeng kat fb td..
ada ramai kawan2 dah tukar status diorang..
dari single ke in relationship,engaged dan
yg paling best married
[married?????...wah..best 2..hehe]



saya???
Tetap seperti dulu..
tetap cute miut..
eh..silap
tetap single...hehe

tapi
ada saya kisah????
asal saya bahagia..
(bahagia ke???cakap je la yang ko jeles)

okay...
memang saya jeles..fullstop!!!!!
huhu...

lumrah manusia kan..
hidup perlukan teman..
tapi teman yang dicari mesti la sesuai dan serasi..
biarla lambat asalkan 'selamat'..

'selamat'???
maksudnya selamat dari fitnah, selamat dari lelaki yang penipu
selamat dari mengandung anak luar nikah.

saya x cakap bercinta itu salah..
yang dah dapat mr.right tu go on je..
tapi mestilah tahu batas antara lelaki & perempuan
yang bukan muhrim....




tapi bagi perempuan2 yang baru nak bercinta tu..
berhati2 la dalam memilih teman anda itu..
lelaki nie ada yg ok & ada jugak ko..

kalau nak tau lelaki itu ok @ ko
kita bleh dapat agak dari kata2 yang dia luahkan..
Antaranya kata2 lelaki yg x bleh dipercayai:






"Sy syg sgt pada awak... sy tak der p'puan lain selain awk..."
<---padahal awek keliling pinggang,nama saudari mgkin berada kat page 40 dalam buku senarai awk dia..so hati2-->

" Sy cinta awk the way u are.. x kisah la awk kurus @ gemok.. "
<-- tapi bila awek da gemok trus kena dump, stok ader lagi.. -->

"Sumpahhhhhh!!!!!!Sy x kawin lagi bila dapat awk"
<--padahal anak dah sama bnyk mcm tangga batu caves daaaa.......-->

"Eh, mana ade.. sy kat rumah nie.. penat sgt la.. nak berehat..."
<-----padahal dia ada je lepak2 makan kat luar....-->

"sy susah nak suka kat perempuan..."
<----tau2 esok dh b'tunang... ape kes...-->

"muka awk sama mcm ex awek sy dulu"
<----awek yg mana 1 pun xtau la.-->

"dulu, gf sy tinggal sy camtu je... rupa2nya dia ada org lain.....
lama jugak sy single... susah nak percaya pompuan, then sy jumpe awk..."
<----aii gf tinggal dia ker, dia yang tinggal gf tu...-->

"eh.. sy tak boleh cakap dgn awk lama2 nie, mak sy ade sebelah... "
<---mak ka bini ka awek ka???-->

"awk kekasih sy yg pertame dan terakhir.."
<---padahal dah keberapa die tah...-->

"apa pun yg terjadi kita mesti pertahankan hbgn kita.."
<--- last2 die yang mintak putus.....-->

awek : "kalo ex awk dtg balik, awk terima tak dia?"
pakwe : "Mustahil"
<--- padahal tu yang dia tunggu2-->

. "kalau awk xpecaya amik kapak belahlah dada ini..."
<---padahal jari luka pun pengsan, nie nak suruh belah dada, pegi daaa-->

Kat dalam forum mulut berbuih2 cakap tak nak yg cantik
<---kat luar...bukan main lagi berpusu2 nak usha pompuan cantik..-->


dalam forum mulut berbuih2 cakap...gemok tuh ok...nak yg gemok..chubby
<---kat luar....bukan main lagi nak usha yg perut slim..-->


Kat lam telefon bukan main lagi berbuih2 ngan janji2 manis...
tak peduli tengok rupa

<---bila jumpa in real life tengok rupa gemok...lari lintang pukang-->


oh...lelaki..
begitukah kalian???
begitu mudah kalian menuturkan kata2 kosong utk wanita
yang sememangnya berhati lembut ini..

kalian tahu kelemahan wanita itu
dan mengambil kesempatan...
alangkah bagus kalian menghargai seorang wanita itu..
wanita memerlukan seseorang yang dapat membimbingnya..



disini saya akui..
tak semua lelaki seperti di atas..
ada yang betul2 menghargai wanita..
alhamdullilah..semoga ramai lagi lelaki seperti ini.

Buat kawan2 yang dah menjumpai pilihan masing2
diucapkan moga bahagia..
hargailah insan yang menyayangi diri anda.

Bukan mudah untuk mendapat insan
yang begitu menghargai dan memahami diri kita.
Dan bukan mudah untuk membuat orang jatuh cinta dengan kita..


p/s:maaf la...bagi sesiapa terasa dgn entry nie..moga kita dapat memperbaiki diri di masa akan datang..insyaAllah.





KeTupAt PaLaS

Hari nie kita bercakap pasal ketupat plak..
maklum la..kita kan baru lps menyambut
Hari Raya Aidiladha
5 hari yg lepas...

Raya kali nie saya
berkesempatan belajar buat ketupat palas.
Raya2 sebelum nie x ambik kisah pun
yang tau makan je..hehe
Tapi kali ni memandangkan
mak suruh belajar jgak..
kata mak"mana nak tau
nnt duk jauh dari mak teringin nak makan,
bleh wat sendiri"

yelah mak...
(macam la anak mak nie rajin sgt nak buat..
klu teringin nak makan pn beli ja,x beli balik kg suh mak buat..
kan senang..haha)

ada ka sapa2 yg xtau ketupat palas???
bohong la sapa ckap xtau tu...

duk kat Malaysia mana bleh xtau ketupat palas 2 apa..
tambah2 yang duk kat Utara Malaysia..
jgn duk habaq kata xtau plak na..
kata tokwan"lekuk kepala baru hang nak tau kot"
haha...

ok2...
klu xtau pn xpa..
meh cheq nak habaq mai...
hehe..

ketupat palas@ketupat pulut
ialah ketupat yg menggunakan daun palas
sebagai pembungkusnya...
berbeza dgn ketupat nasi yg guna daun kelapa..
ni la rupanya daun palas..bagi sapa2 yg xtau...
daun nie biasanya duk dlam semak kat hutan..
tp sekarang kat market pn ada jual dah..

klu nak tau...
ketupat palas ni ada 'jantina' tau...
kelakar x??haha
ada 'jantan' & 'betina'..
ish2..ada jgak mcm tu kan..


Haa...ni ketupat palas 'betina'.

ni plak ketupat 'jantan'

nampak ada beza x??

mak cakap ketupat 'jantan' x masuk air
tp ketupat 'betina' masuk air masa rebus nnt..

"oooooo...mak cik baru tau"
(skrip dalam cita P.Ramlee...hehe)

sebelum kita masukkan pulut..
kita kena 'buka daun' dulu..
tujuannya untuk memudahkan
kita masukkn pulut nnt...

'buka daun' mksudnya kita gulung daun palas
supaya nnt kita mudah untuk anyam..
tp ni dh alang2 gulung try anyam..
inilah hasilnya..
semua 'betina'...hehe

buka balik & lepas tu masukkan pulut...
pulut yg siap di masak..


kata mak"pulut yg mentah pn bleh,tapi utk menjimatkn
gas api so masak dlu pulut"
(well..mak saya nie lbih kurang mcm mak Hagemaru plak...hehe
ops..sori mak)


senget,kurus x cukup 'makan'...
sy budak baru belajar...huhu

berbeza ngan mak buat...
gemuk,sihat ja...
dah siap!!!!

masukkan dalam periuk..
untuk direbus...

errkk...apa nie??
abaikan...

ketuat palas nie sesuai di 'cicah' @ dimakan
dgn rendang daging@ayam..
tapi tiap tahun mak selalu wat sambal ikan bilis
sbb kami adik bradik lebih suka makan ngan smbal ikan bilis
pergh...'terangkat' kot..
x caya..cubalah...hehe

p/s: untungkn kita kat Malaysia nie..mcm2 kita bleh makan sbb mcm2 ada..=p

Friday, November 19, 2010

ISLAM DI HINA DI MALAYSIA

Assalamualaikum...

Artikel kali nie sy dapat dari emel yg dihantar oleh seorang hamba Allah. Saya sekadar menyampaikan untuk kita sama2 berfikir dan menghayati usaha2 yang dilakukan oleh musuh2 kita untuk menghancurkan agama Islam.


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah.
Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah..
baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria
bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahawa
umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik
Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu
bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib,
supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar
Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM
meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan
dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni?
Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam.
Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun,
baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita,
'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia.
Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport
dihapuskan kolum identiti agama
- maknanya, perkataan 'Islam' yang ada
kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam
kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin
dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana
kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana
kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan
anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan,
kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina
agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan...
Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah
yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan,
masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...
Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan
tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang
masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang
tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam,
apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv
yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing,
begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah
kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai
agama rasmi diMalaysia ? ...
lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia .
Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


Sedikit info mengenai IFC...

.1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama termasuk agama Islam akibat desakan penganut agama lain.

Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.

* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN , JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam..

5. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri.

Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948·

Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita· (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.·

Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi· berasaskan agama.

Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama· dan bahasa minoriti.

Deklarasi Vienna dan plan tindakan.·

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan.

Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam.

Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

6. Apakah sikap PM dan menteri?
Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato' Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu.

Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu.

Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket "hak asasi manusia". Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC..

Tuesday, November 16, 2010

SaLaM AiDiLaDhA..





Assalamualaikum....

Alhamdullilah...
sedar x sedar rupa2nya esok dah nk raya..
x rasa plak kemeriahan nak raya tu..
mgkin sebab raya haji je kot..


tapi...
apa yang membezakan kemeriahan
raya haji ngan raya puasa tu ek?
(apa pnya soalan..bdk darjah 1 leh jwb...huhu)


pada pendapat saya..
kemeriahan tu tetap ada
tapi cuma berbeza
sbb..
klu nak raya haji x payah puasa
mcm raya puasa

lg 1..
raya haji nie biasanya
kita banyk wat kenduri korban..
so x sempat nk makan kuih-muih
ketupat rendang
biasanya kita makan daging
(2 hari lps raya..mesti kat klinik ramai org..
tekanan darah mesti naik..so..hati2..)


apa2pun raya haji ada kisah disebaliknya..
kisah dimana kita diajar erti pergorbanan
pengorbanan yg kita lakukan
sama ada di dunia mahupun akhirat...


raya haji @ aidiladha dirai utk
umat islam memperingati
kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
dalam menunaikan perintah Allah S.W.T
dan kesabaran anaknya Nabi Ismail
dalam memenuhi perintah
Allah S.W.T.


cuba kita renung kembali..
sanggup x kita lakukan pengorbanan
yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim yg perlu
menyembelih anak sendiri dan Nabi
Ismail yg sanggup mengorbankan diri
demi ayahnya????
(klu kita mesti kita lari dari rumah kn???huhu)


tapi agama Islam tidak sekejam itu
yg perlu menyembelih anak sendiri
utk dijadikan korban..
Allah S.W.T telah mengantikan dgn seekor
kibas utk dijadikan korban
so,terselamatlah Nabi Ismail...

Haa...sbb tu klu
setiap raya haji@qurban@aidiladha
kita kn dapat daging korban...
seperti dalam hadis :

Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah
pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban.
Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan
datang pada hari kiamat lengkap
dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum
darah binatang itu jatuh ke bumi.
Maka hendaklah kamu berasa lapang dada
dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

esok kan nak raya..
nk cita cket perkara2 sunat kita
leh buat klu raya haji nie
moga2 kita beroleh keberkatan
dariNya.

walaupun ramai dah tau
tp nk cita jgak
sbb mana tau ada yg lupa..
(x salah kita memperingati sesama kita)

antara perkara2 sunat yg kita bleh wat
1st;menunaikan solat sunat Hari Raya
sebnyk 2 rakaat dgn 7 takbir pd rakaat p'tama
dan 5 takbir pd rakaat ke-2.(biasanya solat
sunat Aidiladha kn cepat cket sbb nnt ada
penyembelihan korban plak)

2nd;disunatkn pkai cntik2, wangi2
(nasib bek ada org sponsor bj gak..hehe)
3rd;klu raya pose,kita sunat mkn sblm g masjid
tp utk raya haji
kita disunatkn slps solat sunat raya
dan lbih afdal lg mkn daging qurban
yg berkat.

ermm...2 la antara perkara2 sunat
yg dilakukn masa raya haji..
tp ada lg sbnrnya..

memandangkn mak dh pnggil..
nk wat ketupat palas katanya
so takat nie dlu la...
dgn ini saya mengucapkan

buat seluruh umat islam di dunia...

maaf zahir dan batin
diucapkan...

p/s:ingat!!!!jangan makan daging banyak sangat...nnt darah naik mendadak plak..sapa yg susah..diri sendiri & keluarga jgak...hehe..



Saturday, November 13, 2010

sYmpToN2 sTudY LaSt MinUte

Assalamualaikum....

Memandangkan bulan November
nie bulan final exam 4 student ipt..
so....
nak cerita la cket pengalaman
pahit & manis bila final exam
muncul....
(sem nie xde le final exam..sbb practical training..
jgn jeles ye kwn2..hehe)

sy nie antara org2 yg suka study
last minute jgak..huhu
nak wat cmna kn??
dah mmg dari dlu lg tabiat mcm 2..
bila nak final br kelam kabut nak study...

klu yg jenis prepare awal utk final mesti
x pernah rasa mcm mn sy rasa...
ok..meh nk cite sket kat korg...
sympton2 org study last minute nie mcm mne...






1)Membaca tanpa menghiraukan sekeliling.
Yang suka kepoh jadi pendiam(orang masuk keluar bilik pun tak perasan,
kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak.
Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

2)Membaca dengan kadar yang cepat.
entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh,
yang penting ada point nak goreng(b'gantung pd nasib la..)

3)Nak turun cafe pun fikir 2@3 kali
Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik.
Sambil makan boleh membaca apa yg patut..

4)Time nak exam semayang on time.
Fuhh....Solat sunat sampai nak batal air sembahyang.
Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

5)Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga.
Tapi time ni memang tak sakit telinga.
Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga...huhu

6)Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi
tambah subjek menghafal..siap ambik handout letak tepi bantal.
Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus..huahua

7)Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je.
ni part tak leh blah la...time mandi pun ada yang tanya-tanya.
Dahsyat..
(biasanya waktu nie mmg dh rasa x sempt nk khatam smua note..kwn jd mangsa)

8)Kalau main message tu balas sikit2 je. Pendek2..
Tak de mase nak fikir taip panjang2..
(klu terasa lantak la..asal aku lulus..huhu)

9) Sebab nak exam duduk dalam bilik je.
Mengadap handout, buku, nota2.
(jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan)
selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah..
Pantang ade mase terluang...

10)Nak buang sampah pun terbawak pen.
nie mmg dah cuak sgt dh time nie
(ptg dh nk exam...bnyk lg x fhm...huhu)

11)Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study.
Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi.
Nak budak pandai sikit tak makan megi.
Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke.
Roti memang dah prepare dah.. Suruh mmber beli..

12)Nak bukak facebook rasa tak senang gila.
Perghh... Membazir.masa....
(time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

13)Time ni ah baru bukak buku tebal.
Bukak kamus tu yang tak tahan tu.
Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

14)Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah...
Nak stay up smpai kul 4 pg nie.....hehe..kenangan2..

15)Meja studi bersepah gila.
Hah..ni mmg sure.Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah.
Kertas-kertas memang confirm bersepah punya.
Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak.
Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak.
Ada tu 4,5 buku serentak bukak...giler kalut...huhu

16)Masa ni lah status facebook, blog
“mintak maaf. Doakan exam nanti”
agak2 minta restu ngn kwn2..
minta halal smua...

17)Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap.
Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie.
Cakap merepek2 sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak 2. Nak borak2.
sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua...
lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu...
apala nasib...huhu

18)Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2.
Kan senang... Haihh....
Pastu buat azam untuk semester depan.
Tak nak buat dah macam sem sekarang.
*padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak.
Tak pun menjadi semangat masa awal sem je.
Sampai minggu ketiga dah hancusss....



Kat bawah nie antara bukti2
yg mengatakan sy nie mmg suka study last minute..
huhuhu...
(pic yg diambil sem lepas secara ' x sengaja')


Antara buku2 yg dibaca bila nak exam je..huahua

Nie waktu study statistik..
mmg tahap boring sbb stress fikir bnyk chpter x cover lg ..
so ambik pic... bkn sbb nk bwk msuk dlm final..

no..no..no..x elok tau..

tp kenangan study...hehe


hah...time nie tahap lapar yg teramat sgt..
seingat2 i..masa nie tgh study statistik la..

so wat neslo..wat pekat gila..

cicah ngan biskut pingpong hup seng...

sedapppppp...

Kan sy dh kata...
waktu final mmg meja sy berselerak punyela...


p/s; sy rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload...hehe