Sunday, December 12, 2010

puisi buat ratuku

-PUISI BUAT RATUKU-

Ratuku…

Ingin kuluahkan

apa yang sudah lama ingin kuluahkan

tentang kebimbinganku ini

tatkala melihat bunga-bunga berguguran

dipetik tangan –tangan yang ganas

lagi bernafsu serakah

Ratuku…

Kebimbinganku ini masih menebal

apabila kudengar dengungan kumbang perosak

yang cuba menyedut madumu

walau tanpa relamu

Ratuku…

Kebimbinganku bertambah lagi

bila ku melihat bunga yang tak segan silu

melempiaskan kecantikkannya

ketika sedang mekar

melupakan kuntuman

yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku…

Aku masih terpinga-pinga

masih wujudkah lagi

Ratu idaman kalbu

kerana apa yang ku lihat hari ini

semakin banyak bunga-bunga gugur

bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku…

Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa

yang berlari-lari

antara safa dan marwa

bukan juga sesetia Ainul Mardhiah

menanti kekasih di pinti syurga

Ratuku…

Akuilah hakikat yang tersirat

engkau bukanlah Siti Khadijah

mahaupun Siti Fatimah

engkau bukan A’ishah

bukan juga Rabiatul Adawiyah

wanita suci terpuji

Kerana

Aku tidak layak

berharap sedemikian rupa

cukuplah sekadar kau cuba mencontohi

bunga-bunga itu

kembang mekar mewangi

sehingga harumannya

melewati pinti-pintu syurga.

Jangan kau risau ratuku

kadangkala musim berganti

sehingga bunga tak dapat

berkembang mekar

Tapi itu

hanyalah ujian buatmu.

Ratuku...

Esok musim bunga

pasti akan tiba

Dan kau akan mampu berkembang lagi

Cuma yang kuharapkan

ketika itu

kau jaga kelopakmu itu

Janganlah sampai

tangan-tangan ganas

memetikmu lagi

Jangan goda

kumbang-kumbang ganas

menghisap madumu

Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu

merosakkan serimu

kerna

Kau ratu idaman kalbu

Ratuku...

Aku bukanlah memandang

kecantikkanmu

walaupun kadangkala

aku tertarik

memandangnya.

Tapi

Bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku

Masih ada sinar harapan

Yang bisa membuatku

Tersenyum lega

Kerana akan kutemui

Ratu yang benar-benar RATU.

No comments: