Saturday, March 23, 2013

Bertudung Labuh


Assalamualaikum w.b.t...

Sejujurnya saya bukanlah muslimah yang bertudung labuh
apatah lagi untuk berniqab..
tapi terdetik di hati untuk berubah...
menjadi muslimah...

Rasa tertarik tengok perempuan yang pakai tudung labuh...
Nampak cantik..nampak sejuk mata memandang...

macam Ustaz Azhar Idrus cakap..
"bertudung itu tidak wajib tapi menutup aurat itu wajib"
x salah nak pakai apa pun yang penting menutup aurat...


sebenarnya dah lama teringin nak pakai tudung labuh..
tapi masih tak kesampaian....mcm2 alasan yg difikir...

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46] 

Alhamdullilah....
sem lepas, terdetik di hati untuk mencuba pakai tudung labuh..
saya mula berjinak2 memakai tudung bidang 60
& rasa selesa sangat....alhamdullilah...
moga terus istiqamah...

walaupun diri tidak sebaik mana...
tapi saya kan cuba untuk perbaiki diri..

mmg kita ada niat nak berubah tapi kadang2 org 
gtau yg belum masanya lagi..
sedangkan bertaubat dan berubah itu perlu dilakukan segera 
supaya kita x terlambat...
Ajal itu boleh datang bila2 masa..
kita x boleh menjamin yang umur kita akan panjang...
bertaubat la sebelum terlambat....

apa yang buat  saya terdetik untuk pakai tudung labuh:

First....
sebab ingin menutup aurat sepenuhnya...
wat apa pakai tudung tapi still nampak aurat...
pakai jarang, nampak leher...
pakai singkat, nampak dada...
better labuh supaya tutup semuanya....

2nd.....
rasa lebih selesa....
mgkin rasa lebih selamat....

3rd....
sebab adik pun pakai tudung labuh...
nampak cantik bila adik pakai tudung labuh nie...
lagipun dia pernah hadiah tudung labuh, so kena
appreciate apa yg dia wat...

4th....
mahukan menjadi baik.
biasanya perempuan yang baik pakai tudung labuh..
berubah untuk perbaiki diri dulu...

Kesimpulannya...
saya cuma ingin berubah menjadi lebih baik...
menjadi muslimah...
seterusnya menjadi hamba yang taat kepada
Sang Pencipta...
mendambakan redhaNya...


'Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan
 yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, 
rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan). 
Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.'  
-Riwayat Bukhari dan Muslim.






Disini  ada tip2 awal untuk memakai tudung labuh...
untuk perkongsian semua dan juga saya

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan
Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. 
Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar.
 yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta 
hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu 
seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah 
untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan
 bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas
 seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, 
sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, 
ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mengkaji maknanya.
 Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. 
Jadikan tafsir mini sebagai teman karib.



6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah 
yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka,
 perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan.
 Mulalah memakai baju yang menutupi peha
Contohnya, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya
 pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang
 tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan
 bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 
iaitu yang melepasi bahu. Pinkan secara lurus.
 Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat.
 Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai
 Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa,
 mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60.
 Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.
 Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai
 untuk menutupi aurat dengan sempurna.
 Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. 
( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, 
langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan).
 Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, 
bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 
sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit.
 Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. 
Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. 
Bahkan lebih manis dipandang mata.



InsyaAllah...cuba ubah sikit2...perlahan-lahan...
dan yang penting dapat terus istiqamah dengan apa yang kita buat...


p/s: sebenarnya dalam kita terus mencari erti solehah itu terlalu banyak dugaan
dan fitnah yang melanda...tapi yakinlah dengan Allah...semuanya adalah tarbiah untuk diri kita
menuju ke JANNAH ALLAH....