Sunday, February 20, 2011

ReSePi PiZzA..

Assalamualaikum...


Pagi2 mcm nie tetiba je teringin nk mkn pizza...
search kat google image..kononnya dpt tgk pic pizza pn jadi la..hehe


smbil2 search 2 t'jmpa resepi pizza...
so...bleh salin..nnt balik umah bleh try wat..huhu


[salin???copy paste sudah...hihi]

BAHAN2:
500gm tepung gandum
1 paket yeast mauripan....digaul rata
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
1 cawan air suam
1/2 minyak masak


Cara2:
1-Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut
2-
Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin)
dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar
yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit)
dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan
180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...
ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA:
bahan2:
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 sudu besar minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 sudu kecil serbuk daun aregano
garam


cara2:
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam
serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah
di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas
dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan
bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.


yess!!!
resepi pizza dah dpt..kat umah nnt leh cuba...
[kalau la kat sini ada dapur...hurmmm..]





No comments: