Sunday, March 21, 2010

AZAB BAGI WANITA


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya
untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fat imah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.Align Center
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan t imah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar
dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan
kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"kata Nabi.




Fat imah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain
bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi
tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

DAN INILAH PERINGATAN KEPADA KAUM PEREMPUAN.

Saturday, March 20, 2010

Wahai Insan Bergelar Mahasiswa Islam!!!



Dlm 2 minggu lps uitm aku ada menganjurkan festival kolej..agak meriah..maklumlah ramai organisasi yg ambik peluang untuk mempromosikan brg diorg..aku pn ambik peluang unk borong sakan..bkn borong apa sgt pn..beli makan ja bnyk..hehe...malam terakhir fesko aku kluar gak..katanya ada p'tunjukn bunga api..aku mmg suka tgk bunga api..cntik..kebetulan mlm 2 aku xda apa nk buat..so aku ngan kekwn lepak jap kat dataran fesko sambil tunggu p'tunjukn bunga api..mkn kopok lekor..tgh2 lepak 2,sempat jugak aku perhati sekeliling..hmm..ramai jugak ek org couple dlm uitm ni..tiba2 nad "ala..standard la shud..mmg ramai pun org yg couple dlm uitm ni..Mula2 aku fikir,mmg dh lumrah kehidupan..lelaki dan perempuan..tapi..

"xpe,terima kasih je.."dgn selamba seorg bdk laki kat dpn aku menolak pemberian kertas berupa tazkirah dr seorang muslimah..asyik sibuk duk berbual dgn makwe dia ja..apa salahnya ambik ja kertas 2,bkn kn bayar pn..bagus jgk la kn cara muslimah 2,dia memperingati org2 dgn cara t'sndri..kagum aku...aku pn ada jgk ambik kertas 2..rasa insaf seketika apabila baca artikel dlm kertas 2..


WAHAI INSAN BERGELAR MAHASISWA ISLAM!!!

Kamu dihantar ke Universiti oleh kedua ibubapa kamu. Mereka mengharapkan pulangan yang baik dari kamu.Tetapi kita datang untuk berasmara dan melepas cinta .Kita gagal memenuhi impian seorang ibu dan seorang bapa.



MEMENUHI KEHENDAK KEKASIH ATAU KEHENDAK IBUBAPA???
Kita baru je kenal kekasih kita beberapa tahun atau beberapa bulan.Laa..sekejapnye..Tapi kita dah kenal ibubapa kita sejak lahir lagi!Kita boleh je bila2 clash dgn kekasih.Tapi dgn ibubapa, mereka takkan buang kita.Malah,ibubapa akan terus support kita dari pelbagai aspek!.Malulah...ibubapa yg dah bnyak mencurahkn kasih kpd kita tapi kita gagal buktikan kasih pada mereka.Namun pd kekasih,kamu sanggup temankn dia sampai kedpn blok asrama sekalipun..hmmm..

MENJAWAB SOALAN TUHAN
Nabi SAW pernah mengingatkan kita,cinta teratas mestilah cinta kpd Allah.Kemudian kepada Para Nabi.Kemudiab kpd malaikat.Kemudian ibubapa dan barulah dituruti isteri dan sebagainya.Even Nabi melarang sama sekali mencintai Baginda lebih dari Allah,apatah lagi melebihkn cinta kekasih berbanding ALLAH?


APA DOSA KALAU LETAKKAN CINTA SELAIN ALLAH DITEMPAT PALING TINGGI??

Hukumnya SYIRIK.Kamu nk mensyirikkkan Allah??Orang yg mnesyirikkn Allah ni tiada peluang utk mencium bau syurga.Kamu boleh mencintai org yg kamu suka,tapi perlu ada batasnya.Pastikan tdk bersentuhan,melakukn perkara2 sumbang,berdua2an dan seumpamanya.

Wednesday, March 17, 2010

LELAKI

LELAKI TULEN
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

LELAKI YANG BERHARGA
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

LELAKI YANG TEGUH JIWA.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

LELAKI YANG SEDERHANA.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

LELAKI YANG CANTIK.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

LELAKI YANG PUNYA PENDIRIAN.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji

LELAKI YANG KEMAS BERSIH.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

LELAKI YANG CERDIK.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

LELAKI YANG CEKAP.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

LELAKI YANG BIJAK.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

LELAKI YANG TABAH.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

LELAKI YANG BERWAWASAN.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

LELAKI YANG BAIK.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

LELAKI YANG SOPAN.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

LELAKI YANG MENGASIHI.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

LELAKI YANG CERIA.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya


Tuesday, March 16, 2010

Keajaiban air mata tanda suka & duka

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

Masihkah anda ingat? Bilakah kali terakhir anda menitiskan air mata. Tidak kiralah, anda menangis kerana kegembiraan atau disebabkan hal-hal sedih yang membuatkan air mata tidak dapat disekat-sekat lagi..

Renung-renungkanlah ...

Friday, March 5, 2010

Cinta Allah



Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"



"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah. Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof, seandainya kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Setiap yang dijadikan tuhan ade kekurangannya."

Bowling Tournament


tempat aktiviti bowling dijalankan


3 minggu lepas ,aku ngan kwn2 kelas ada wat aktiviti bowling..aktiviti ni sekadar untuk mengeratkn lagi hubungan antara kelab cycom..kami dlm 12 org jadi urusetia utk aktiviti ni..alhamdullilah smua berjalan dgn lancar..


----CYCOM bowling tournament----




nasib baik smua happy



Nasib baik samua peserta happy dengan aktiviti yg kitaorang buat..kira berbaloi la..kalau x,susah jugak...


sibuknya jadi urusetia...=)




baling..jgn x baling

Thursday, March 4, 2010

Adakah Kiamat Sudah Dekat?

renungkan..
27/11/09 -aidiadha
18/12/09 -thun br hjriah
25/12/09 -ari natal
01/01/10 -thun bru
26/2/10 -maulud Nabi Muhammad
2/4/10 -matinye yesus kristus
28/6/10 -ari wesak
10/9/10 -ari rya aidilftri
27/8/10 -nuzul quran
5/11/10 -deepavali

smuanyer b'laku pd ari jmaat..
ingt dan rnungkn!!!
d dlam al-Quran Allah tlh mnyebutkn bhw KIAMAT trjdi pd hri JUMAAT!!!
bykkn istigfar n bdoa pd Allah,smg dosa d ampuni..

Wednesday, March 3, 2010

Sibuknya aku..

Assalamualaikum..hmm..rasanya dh lama aku x update blog..bkn setakat nk update,nk tgk pun dh jarang..punya la sibuk...huhuhu...tapi hari ni sementara nk tunggu masuk kelas puan jasmin sempat la jugak nk nk wat luahan rasa...hehe..

Aku memang sibuk...mana tak,baru 2 hari lepas aku kat Singapore(trip kelas)4 hari gak la...(nnt aku cita lebih lanjut)lepas 2 kena get ready untuk test plak...sblum b'tolak g Singapore ag aku dh busy...busy ngan bowling ag..maklumlah aku urusetia..hari ni br abeh pasal masalah bowling..td p selesai pasal perbelanjaan untuk aktiviti bowling..aku bendahari..x larat nk kira duit dah ni..lepas ni nk kena p bagi duit dinner kat part 3 plak..aku kelas rep kn la kutip duit..2 pn ada brp org x bg ag...pening!!!Kalau ikutkan hati rasa nak balik umah ja..huhu..

Bila sibuk2 nie t'lupa pasal pelajaran plak..risau gak..dah la nk dekat exam ni..study dah tak...asyik busy ngan aktiviti lain ja...alamak!!!Dugaan betul... Kalau nk biarkan,takut orang cakap tak bertanggungjawab plak...1 projek ag aku kena handle..projek ni lg la besar..aku ketua projek...klau lecturer batalkan projek ni ok jgk...dh penat sgt ni...huhuhu...Tapi bila fikir2 balik bila lagi aku nk belajar pasal smua ni..hanya ini ja kesempatan yg aku ada untuk belajar uruskan masa... Pelajaran tetap yang utama...aku xkan lupa..yg penting bijak uruskan masa..

Hah...aku rasa kena lena sat ni...rasa letih plak...nnt nk p klas plak..klah..smpai sini dlu la..nnt ada masa nk cita pasal aku p Singapore palk..best!!!!! =)