Friday, May 6, 2011

Betul ke Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat?

Buka email semalam
tgk2 ada artikel pasal menara
jam Mekah yang baru nak buat...

Betul ke menara tue pelengkap
hari kiamat????

Wa'allahualam


Dikatakan jam di Mekah adalah
pelengkap kepada 10 jam terbesar di dunia
sehingga menyempurnakan maksud hadis

"Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi drpd Kaabah
sbelum berlakunya kiamat."

Apabila melihat pembangunan yang sgt hebat
di Mekah,saya terfikir:

apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat
pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan
Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada
tumbuh2an,tanam2an &binaan,juga ketika
Allah memerintahkn Baginda berdua membina Kaabah
dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim
taatsahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya2
siapakah yg bakal mendengar seruannya
dan apakah yg bakal berlaku
di Mekah ribuan tahun kemudian.


Saya juga teringat dgn jawapan Nabi Muhammad s.a.w kpd
Jibril yg berupa sebagai lelaki segak
dlm hadis Islam, Imam Ihsan ketika Jibril bertanya
Nabi tentang kiamat.Lantas Nabi
hanya menyebutkn tanda2 kiamat krn
Allah Maha Mengetahui bila berlakunya kiamat.
Yang menarik dari pelbagai tanda kiamat itu, kecil @ besarnya,
Nabi Muhammad S.A.W menyebut:

"..apabila engkau melihat orang yg tidak berkasut
dan tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing
berbangga2 menegak dan meninggikan bangunan"


SubhanaAllah!!!!
Nabi sebutkan satu tanda kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu
daif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda
kiamat.Dan itulah yg bakal kita lihat.


Dijangkakan Menara nie siap tahun 2012 nnt..
InsyaAllah..klu ada
rezeki ngan umo pnjang bleh la gi tgk...




p/s:kita sebagai umat harus persiapkn diri utk hadapi hari kiamat...

Mata Hati by Nubhan



Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa
Telah ku kata cinta ini selamanya


Wednesday, May 4, 2011

koew teow kungfu

Akhirnya......
dapat gak tarik nafas lega..
Alhamdullilah...exam utk sem nie dh berakhir...

yay!!!!
ooo..ooo..ooo..balik kg!!!!!

hehe....
apa kn balik kg ngan koew teow kungfu nie???

xda kn mengena pn...
tp nk gtau yg saya dh abes exam..
[saja nk bg kwn2 yg x abes lg jeles..hihi]

koew teow kungfu...
dulu x prnh dgr pn...
apa lg nk makan...
tapi sejak merantau nie kan..
[ecece..ayat merantau 2 mcm jauh je bunyiknye....hihi]
dapat la gak merasa apa 2 koew teow kungfu...

sedap....
boleh la tahan..
so...dari duk tido je..search internet psal
resepi...kononya kat umah nnt leh try..
[klu rajin le...]

jom kita layan resepi2 nk wat keow teow kungfu nie
senang je...;)

bahan2nya:

koew teow
2 biji telur
lada hitam/lada putih
mix seafood(udang,sotong..pndek kata seafood)
1 setengah sudu tepung jagung
1 cawan air
sayur2(karot,kubis..sayor la)
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi(nk pedas buh la bnyk)
sos tiram

(bahan2 nie utk sorg mkn...tp klu nk mkn rmai pndai2 la kira quantiti bhn sndr)

dah ada bahan2 boleh la start buat...
mula-mula....

1)-pukul telur bersama garam,lada putih/hitam
didalam gelas@bekas

2)-masukkan koew teow hingga 3/4 gelas.

3)-tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak.
ratakan koew teow supaya menjadi sedikit nipis.

4)-balikkan supaya kedua-dua belah masak.

5)-masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.

6)-[untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang.
kemudian masukkan seafood mix.

7)-tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.

8)-masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak
dan sayur-sayuran.

9)-biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam
pinggan berisi kueh teow tadi.
(kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

p/s:lapar2....tetiba je rasa lapar..x makan dari pagi nie..huhu
xpe....ptg japlagi kita mkn koew teow kungfu lg.. ;)


Friday, April 22, 2011

study..study..study...kerana Allah @ exam??




Asssalamualaikum w.b.t...

Alhamdullilah...
hari nie sempat jugak nk update blog..
rasa lama jgak x update blog..
hmmm..

bnyk benda sebenarnya nk ckap tp keadaan yg x m'benarkan..
hari nie...'curik masa' kejap utk blog yg x seberapa nie..
sekadar melepaskan ketensionan
yg sedang melanda diri(tudia..ayat..hehe)

sekarang tengah dalam minggu exam..
dan semalam baru je lepas 1 paper..
alhamdullilah...bleh la jawab...
(walaupun masa x m'cukupi..huhu)
kan datang... 5 paper lagi menanti...
harap2 dapat jawab..insyaAllah..(tlg2 doakn ek..)

kdg2 terfikir gak..
knp kena study???
why?why?why?why?

"demi masa depan ko jgak"
"ala....xyah duk stress sgt study ..smua 2 dunia ja.."
"study pun dapat pahala...sbb Allah suruh kita menuntut ilmu"

ok..
smua betul!!!!

(utk memotivasikn diri)

klu nak diikutkan study x stress bila ada
niat yg betul...

niat yg penting sblum kita study adalah
IKHLAS DEMI ALLAH s.w.t.

bila niat dh betul, kena berfikiran positive jgak...
cuba fikir.....

dgn exam...kita dpt ukur kemampuan kita,kita hebat @ x..
dgn exam...kita belajar sifat sabar(menuntut ilmu mmg perlu ada kesabaran)
dgn exam...br kita bnyk berdoa+solat hajat(ish...nie dh x betul nie..
bila susah br nk cr Tuhan...tp realiti mcm 2 la...realiti kehidupan la katakan..;))
dgn exam...kita br tau sifat tawakkal dan erti pengorbanan(bgn awal2 study...
1 pengorbanan tue...huhu)
dgn exam...br kita faham erti usaha dan Dia lah yg menentukan segalanya...

ish..mmg bnyk la hikmah exam nie...
itupun klu niat kita demi Allah s.w.t...
insyaAllah...

ehem..ehem..ehem..
[part copy & paste]
nk bg tip exam cket la...utk diri & kawan2 jgak...hehe

Waktu study leave…

1. Tajdid niat kita belajar untuk mendapatkan ilmu Allah bukan semata-mata untuk peperiksaan
2. Mengamalkan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat
3. Membaca surah Yasiin setiap kali selepas subuh
4. Berusaha mendapatkan qiamullail dan rajin tunaikan solat sunat hajat
5. Minta maaf pada rakan-rakan dan guru-guru tidak kira pernah membuat salah ataupun tidak dan minta didoakan kejayaan kita.
6. Memperbanyakkan doa pada Allah dan yakin bahawa hanya Allah tempat kita bergantung
7. Elakkan daripada melakukan banyak dosa kerana ia akan menggelapkan hati kita ketika menjawab soalan
8. Mohon redha Allah
9. Mengamalkan solat sunat dhuha untuk memurahkan rezeki kita
10. menjaga kesihatan

Sehari Sebelum Final:

1. Telefon ibu bapa minta didoakan kejayaan kita kerana
doa ibu terus sampai pada Allah

2. Berdoa semoga hafalan dikekalkan dan
dipermudah jawab peperiksaan

3. solat sunat hajat selepas waktu maghrib
atau pada waktu yang lapang

4. Tidur awal supaya dapat bangun subuh awal
dan berjemaah di masjid

5. elakkan daripada banyak berbual-bual kosong
dan diganti dengan bacaan Al-Quran
Sejam sebelum exam…

1. Mendoakan kejayaan kawan-kawan tanpa memberitahunya kerana insyaAllah Allah akan makbulkan doa orang yg mendoakan tanpa memberitahu tuan punya badan
2. Keluar rumah dengan niat dan doa supaya tenang menjawab soalan
3. Perbanyakkan selawat sepanjang perjalanan menuju ke dewan peperiksaan
4. Sentiasa mengingati Allah dan yakin Allah akan membantu hambaNya yang sentiasa memohon padanya
5. Memberi sokongan dan galakan pada kawan-kawan yang kelihatan cemas
6. Menenagkan kawan yang kelihatan gelisah
7. Bersyukur kerana Allah mengizinkan kita menjawab soalan dalam keadaan sihat akal yang waras dan badan yang sihat

Sewaktu kertas soalan di hadapan…

1. Niat peperiksaan ini untuk menguji ilmu yang ada dalam dada bukannya hanya untuk lulus semata-mata
2. Berdoa pada Allah agar dipermudahkan menjawab soalan
3. Senyum sentiasa untuk mendapatkan ketenangan
4. Membaca surah Al-Fatihah
5. Baca Ayat Kursi dan Surah Insyirah 3 kali
6. Selawat banyak-banyak

Semasa menjawab soalan…

1. Fokus dalam menjawab soalan
2. Mata jangan meliar melihat orang lain
3. JANGAN MENIRU dan yakin pada jawapan diri sendiri
4. Sekiranya ternampak jawapan orang lain segera beristighfar pada Allah
5. Sekiranya keliru dan terlupa maka selawatlah banyak-banyak
6. Setelah selesai perbanyakkan bertahmid pada Allah (Alhamdulillah) dan yakin kita berjaya menjawab soalan kerana Allah mengizinkan kita untuk lulus berjaya.

Selepas menjawab soalan…

1. Keluar dewan dan menuju ke rumah dalam keadaan sentiasa berterima kasih pada Allah
2. Khabarkan pada ibu bapa bahawa kita sudah berjaya menghabiskan peperiksaan dalam keadaan sihat walafiat
3. Teruskan berdoa dan bertawakal pada Allah agar keputusan cemerlang
4. Lakukan perkara yang sama untuk subjek yang seterusnya


ok...
gud luck pada sapa2 yg tgh exam jgak...
study2...

p/s: 8 hb dh nk balik kedah..yay!!!!!






Tuesday, April 5, 2011

Muslimin Bantu Kami Mencari Erti SOLEHAH

Gerak langkahmu memikat hati,
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.

Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.

Ranjau Menawan - NowSeeHeart

Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.

Ketahuilah wahai muslimin,
Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.

Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!

Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.

Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej,
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.

Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan.

"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni terlalu formal kita biasa-biasa je "

Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.

Ketahulah wahai muslimin,
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.

ketahuilah wahai muslimin
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.