Sunday, August 30, 2009

Saat-saat Indah

Terkadang ada saat-saat
dalam hidup engkau sedang
merindukan seseorang begitu dalam,
hingga engkau ingin mengambilnya dari
angan-anganmu lalu memeluknya erat-erat!

Ketika pintu kebahahgian tertutup
pintu yang lain terbuka,tetapi.
seringkali kita memandang
terlalu lama pada pintu tertutup
hingga kita tidak melihat pintu yang lain,
yang telah terbuka bagi kita...

Jangan percaya penglihatan;
penglihatan dapat menipu;
Jangan percaya kekayaan;
kekayaan dapat sirna.

Percayalah pada dia yang dapat
membuatmu tersenyum, sebab
hanya senyumlah yang diperlukan
untuk mengubah hari yang gelap
menjadi terang.
Carilah dia yang dapat
membutamu tersenyum....

Angankan apa yang ingin kau angankan;
Pergilah kemana yang kau ingin pergi;
Jadilah apa yang engkau kehendaki, sebab
hidup hanya sekali dan engkau hanya memiliki
satu kesempatan untuk melakukan segala hal
yang engkau ingin lakukan.
Semoga engkau punya cukup kebahagian
untuk membuatmu tersenyum,
cukup percubaan untuk membuatmu kuat,
cukup penderitaan untuk menjadikanmu
manusiawi, dan cukup pengharapan
untuk menjadikanmu bahagia....

Mereka yang paling berbahagia
tidak harus memiliki yang terbaik
dari segala sesuatu;
mereka hanya mengoptimakan
segala sesuatu yang datang dalam
hidup mereka..

Masa depan yang paling gemilang
akan dapat diraih dengan melupakan
masa lalu yang kelabu;
Engkau tidak akan dapat maju dalam hidup
hingga engkau melepaskan segala
kegagalan dan sakit hatimu....

Ketika engkau dilahirkan,
engkau menangis sementara
semua orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalani hidupmu sekalian rupa,
hingga pada akhirnya engkaulah
satu-satunya yang tersenyum sementara,
semua orang disekelilingmu menangis...

Hayatilah hidup ini dengan sebaiknya,
semoga diakhirat engkau perolehi yang
terbaik..insyaAllah...

Friday, August 28, 2009

Warkah buatmu Adam...

Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
ikhlas dari Hawa

Monday, August 24, 2009

satu masa dulu

Pernah satu masa dulu aku jatuh cinta..dengan seseorang yang aku kenal melalui sms.. masa tu lepas spm..biasala masa tu tak tau nak buat apa kat umah..asyik nak 'kacau' orang je..hehe..no tepon dia aku ambik melalui seorang rakanku..merangkap aku punya roomate..tapi ex-roomate masa study kat mrsm dulu la...sekarang ex-roomate aku tu tak lama lagi jadi cikgu la kot..hmm..rasa rindu plak bila ingat balik kat ex-roomate aku tu..biasala banyak benda kitaorang buat sama2..terutamanya time makan la..sebab kitaorang memang kuat makan.. alamak!!.. marah plak ex-roomate aku nanti..hehe.. eh..nie cita pasal ex-roomate aku ke nie?? ok..kita continue balik pasal cita yang mula2 tadi k..sebenarnya 'seseorang' nie partner study group ex-roomate aku..tue yang boleh dapat no tepon dia tue..tapi sebenarnya aku bukan kenal dia sangat pun..walaupun dia nie seorang yang 'famous' jugak la...dia ada jawatan...antara top student jugak la kan...tapi berbeza dengan aku.. aku nie pemalu sket..satu kelas label aku perempuan melayu terakhir..hehe..sebab susah sangat nak tengok aku sembang2 dengan budak laki..sebenarnya aku bukan pemalu..sapa yang tak kenal aku mesti diorang label aku macam tue..aku nie sebenarnya agak periang jugak org dia..tak caya tanya adik aku..hehe..coz dia ja yang tau sikap aku yang sebenarnya....she's my best friend...huhu.. ok,continue2...aku ambik no phone dia sebab saja-saja ja..aku berkenan sangat tulisan khat yang dia tulis kat buku ex-roomate aku..cantik..orang cakap ada seni..aku try miskol ja mulanya..dah tak da sapa nak kacau kan..sekali ja miskol tapi tak sangka plak dia antar msg tanya sapa yang miskol dia..mulanya aku ingat tak nak reply tapi bila fikir balik tak pa kalau sekadar nak berkawan..awalnya aku takut nak bagitau yang aku budak sama sekolah dengan dia..takut dia kenal walaupun kelas kitaorang berbeza...so aku pun tipu dia..tapikan dah lama berkawan,kiranya tiap2 hari duk msg ngan dia ja...tak sampai hati plak asyik tipu dia..padahal aku kan nak berkawan dengan dia dengan ikhlas..tak baik plak tipu kan..so aku gtau kat dia yang yang aku budak sama sekolah ngan dia dlu..tapi dia terima ja coz dia tak kisah berkawan dengan sapa2 pun..aku pun lega...hampir setahun gak la kitaorang duk bersms nie..boleh kata apa2 masalah pun kitaorang kongsi sama2..yela,dah tiap2 hari duk msg ja..rasa macam tak lengkap1 hari kalau tak terima msg dari dia..mungkin dari situ aku mula menaruh hati..aku dapat rasa dia lelaki pertama yang sudi berkawan dengan aku..aku tak cakap lelaki lain tak sudi tapi mungkin sikap aku yang agak pemalu buat lelaki lain tak berani nak tegur kot..maybe la kan..segala masalah aku kongsi dengan dia..macam tu jugak dengan dia..banyak benda yang kitaorang selalu bualkan..sebab tu tak boring kalau msg ngan dia..sebab kitaorang mmg sependapat..tapi masa tak sellalunya indah..semuanya berubah apabila ada haluan hidup yang perlu diharungi..masing2 busy dengan kehidupan kat u..aku dengan cara aku dan dia dengan cara dia..kitaorang masih berhubung tapi tak sekerap dulu..mungkin dia busy, itu yang selalu ada dalam kepala aku..malas aku nak ganggu..lagipun masa nia nak kena belajar sungguh2pn..so,aku pn jarang hantar msg kat dia..masa terus berlalu...hubungan kami terus hambar apabila aku cuba contact dia tapi tak berbalas...rasa rindu plak kat dia..dah lama tak dengar khabar dia...tapi napa dia tak reply msg aku ek???pelik..busy sangat ke....2 minggu lepas tu,aku terima sampul surat..kat dalam sampul tu ada beberapa keping tulisan khat,nama aku..cantik sangat...dan ada jugak 2 lirik lagu..tapi yang hairannya surat tak pun...dari tulisan lirik lagu tu aku dah dapat agak hubungan aku ngan dia memang tak ke mana pun...memang sedih..dia pun dah tukar no tepon..mungkin tak nak aku kacau agaknya...masa tu hati aku mmg hancur..hidup rasa sunyi ja..apa tak sunyinya,kan selalu duk kongsi masalah dngan dia ja..sekarang nie..sorang2 ja...TAPI...ITU DULU....sekarang hidup aku dah berubah...bukan sebab aku ada pengganti baru dan bukan jugak aku dah lupakan dia tapi sebab aku sedar aku mesti teruskan hidup aku..aku masih ada tanggungjawab untuk aku pikul...aku masih ada orang yang lebih menyaingi aku..iaitu ibubapaku dan juga adik-adikku...bagi aku sekarang keluargaku lebih penting dari segalanya...aku akan cuba untuk menjadi anak yang soleh..insyaAllah...dan soal jodoh???Masih terlalu awal untuk aku fikirkan..cukup la sekali aku jatuh cinta...biarla Tuhan yang tentukan jodohku..aku kan terima dia seadanya...walaupun kadang2 hatiku sunyi tapi takkn aku menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita hanya untuk mendapat lelaki yang belum tentu dapat memberi cinta yang sebenarnya...aku ingin seorang lelaki yang betul2 menerima aku seadanya...bukan sekadar untuk memenuhi nafsu mereka saja... ingatlah..Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan....so, kita sebagai seorang perempuan, janganlah kita mudah tersungkur dengan cinta lelaki...bersabar dengan penuh keimanan untuk menunggu 'puteramu'datang membawamu ke mahligai yang iimpikan... insyaAllah saatnya akan tiba jua.....

Sunday, August 23, 2009

Untukmu wanita...



Untukmu wanita....


Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan..


Maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah S.W.T...


Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..


Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang..


Jadikanlah dirimu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam..


Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahiddah menuju Tuhan...

Sunday, August 16, 2009

Apa Cinta Sejati????

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?Ketika kita berciuman?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT...

Kita semua agak aneh...dan hidup sendiri juga agak aneh....
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupayang dinamakan C I N T A . .

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .Tapi ingatlah...melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .melainkan awal suatu kehidupan baru . .
Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimuBiarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas...

LAGI..Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .
tapi..ketika cinta itu mati . . .kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang . .
MELAINKAN mereka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh
Entah bagaimana...dalam perjalanan kehidupan,kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .dan menyadari . . bahwa penyesalan tidak seharusnya ada . . .
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kaubuat

TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata " A k u l u p a . ."
Menunggu selamanya ketika kamu berkata " T u n g g u s e b e n t a r "
Tetap tinggal ketika kamu berkata " T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i"
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata " B o l e h k a hs a y a m a s u k ?”

MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . .
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .
melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .
BUKANlah apa yang kamu lihat . . .melainkan apa yang kamu RASAKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .

Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .Dibandingkan menangis tersedu2 . . .
Air mata yang keluar dapat dihapus .sementara air mata yang tersembunyi ,menggoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G . . .

Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .
Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia . . dapat mencintai seseorang . .LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN karena kita menyadaribahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintaiMELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( " Fight For Your Dream" )Itulah: C I N T A S E J A T I . . .bukannya seperti: " Easy Come . . . Easy Go "