Sunday, December 23, 2012

Welcome Back Final Exam


Assalamualaikum w.b.t

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,
maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya
 (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

cepatnya masa berlalu...
dah masuk study week...
maksudnya dah berakhir untuk sem nie...
betulla...
masa ibarat sungai yang mengalir...
sekiranya kita tidak cuba untuk melawan asusnya,
maka kita kan hanyut....

Alhamdullilah...
test2 dah selesai...
assignment2 dah dihantar... 
project2 math di present..
juz proposal 2hb nnt disubmit...

So...lps nie bleh fokus study...

study..
rasa dah lama study...
kawan2 ramai dah kerja....
bila la nak merasa nak belanja mak abah nie...
huhu...

tapi kan...
klu cakap mcm nie depan mak abah,
diorang x suka...
bak kata abah, 
"belajar la dulu, muda ag..."

ok...muda ag..hehe

hmm...rezeki masing2...
ada yg cepat...ada yg lambat...

aku pernah bandingkan diriku...
aku ibaratpokok buluh yg sedang cuba mengukuhkan 
akarnya untuk menjadi kuat... 
insyaAllah...

ok..berbalik soal final exam nie...
ada 4 paper...
3 subject math, 1 acc...

3hb-PDE
4hb-complex
15hb-statistic(QMT)
21-taxation

bleh tahan...
tapi PDE ngan complex....
hmmm....insyaAllah...
try yg terbaik...

berbeza la math ngan computer...
dlu masa diploma, juz relaks je msa final...
xda nk study siang malam...
mgkn subject masa diploma juz dgn baca n hafal..
tapi math...
klu tak wat latihan tiap2 hari...
final mmg xdapat jawab....trust me...


and...
dlu masa diploma, 2 hari nk final baru nk start
buka note...
tapi sekarang kena start awal...
banyak sgt nk kena cover...especially complex..mmg complicated

jadual belajar pn dah berubah..
memandangkan aku nie jenis yg tido awal...
klu pkul 12 tue..automatik mata dah nk tertutup..
so kul 3@ kul 4 pagi tue terpaksala bangun...
dalam study pengorbanan tue penting....

Study tue..
study jugak la kan...
tapi jangan lupa Allah..[peringatan utk diri sendiri]

Kadang2 terlupa tujuan belajar yang sebenar...
apa tujuan utama kita menuntut ilmu...

dalam menuntut ilmu,
hati mesti ikhlas kerana Allah...
wajib bagi setiap umat Islam untuk memastikan niat 
menuntut ilmu adalah kerana Allah...
bukan hanya mengejar habuan duniawi sahaja...

kan Rasullullah s.a.w pernah berpesan;
Allah akan menyediakan tempat neraka bagi sesiapa
yang menuntut ilmu untuk kesenangan di dunia semata2
tanpa memikirkan umat Islam yg lain....

Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu 
maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa 
 Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan 
orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa
 melainkan orang yang beramal dan setiap
 orang yang beramal akan binasa
 melainkan orang yang benar-benar ikhlas.   
[ayat 235 surah al-Baqarah]

InsyaAllah..jika niat kerana Allah..
Allah pasti tolong...

memang la susah nak ikhlaskan diri kerana Allah...
 sbb dalam hati kita mesti ada bnyak sbb lain
kenapa kita belajar selama nie..
kita kan berada dalam sistem sekular,
dimana kita hanya memikirkan material..

bila belajar sungguh2..dapat CGPA ok..
mesti dapat kerja ok...dah dapat kerja ok..
gaji pun mesti ok...
Gaji dah ok...dapat beli rumah besar cket..
kereta mesti la yg ada 'class'....
dapat la tunjuk muka kat depan kawan2...
bila kwan2 tnya kerja apa skrg....dapat la jawab dgn bangga cket....

Ingatlah...
jangan jadi seperti lalang yang semakin tinggi
semakin mendongak ke langit kerana sombong.

Sekiranya niat hanya kerana Allah,kita akan
mampu memiliki sifat terpuji termasuklah
sifat merendah diri...

Jadilah seperti padi,
semakin berisi,semakin tunduk ke bumi....

Keseimbangan ilmu dunia dan ilmu akhirat
amat penting....

kadang2 bila tertekan, kita slalu ckap..
"smua ni juz dunia,jgan fikir sgtla...
biarla...nk jadi apapun"

sebenarnya kita perlu lakukan sesuatu 
perkara itu dengan sungguh2...

berusaha,doa dan tawakal....
urutannya mesti betul..
berusaha dulu...baru berdoa mengharapkan pertolongan Allah..
Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu
x mengubah nasibnya sendiri...



 buku nie hasil tulisan dari ustaz Wan Ji Wan Husin tapi
dipandang sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat...
blum habis baca ag...tapi buku nie kisah para wali
mencari ilmu ikhlas kerana Allah...walaupun diri x sehebat mereka
tapi dgn membaca kisah2 mereka mampu membuat diri
sedar yang diri nie hanya hamba dan walau setinggi mana pun kita 
mencari ilmu....x mampu meraih semua ilmu Allah...
Ilmu Allah itu terlalu luas...ilmu yg kita dapat sekarang umpama senipis-nipis kulit bawang...
banyak lagi ilmu yg kita xtau...


sentiasa la berfikiran positif...
walau bnyk rintangan yg mendatang...

ilmu perlu dicari...bukan setakat mengharapkan
ilmu yg diajar di sekolah,di univesiti tapi ilmu tambahan yg lain perlu...

p/s: "Shuhada....ingat Allah...ingat mak abah...belajar rajin2 tau..."
InsyaAllah...chayoookkk !!!!;)
 

Thursday, December 6, 2012

AL-KISAH TENTANG JODOH

Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
          "Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
          "Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
          "Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
          "Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
          "Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."
          Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
          "Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
          "Habis mengapa putus?"
          "Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."
          Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

          "Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
          "Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
          "Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
          "Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
          "Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
          "Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."
          Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."
          Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
          "Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."
          Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. 
          Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."
Cantik Itu Relatif dan Subjektif

          "Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
          Dia ketawa tiba-tiba.
          "Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
          "Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
         "Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
          "Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
          "Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
          "Maksud abang?"
          Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
          "Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
          Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
          "Ya, betul tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."
Wasilah Memilih Jodoh

          "Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
          "Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
          "Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
          "Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
          Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
          "Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
          "Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

         'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
         "Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
        "Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
          "Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."
          "Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
          "Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
          Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
          Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
          "Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"
          Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
          "Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
          "Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
          "Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
          "Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
          "Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
          "Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"
          Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

          "Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
          "Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
          "Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
          Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
          "Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
          "Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
          "Mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
          "Hikmah untuk kita?"
          "Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."
          Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. 
          Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
          Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: 
          "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"
~edited from http://sekilasmemoir.blogspot.com/2011/03/al-kisah-tentang-jodoh.html~

Saturday, December 1, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga

Assalamualaikum w.b.t..

Warkah Cinta Berbau Syurga
(Iman Muda Nazrul feat UNIC)

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terlerai
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar

Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
 
 
Warkah Cinta Berbau Syurga
drama terbaru di TVAlhijrah..
adik yang post cite nie kat fb...
bru layan smpai episod 3...
rupanya cerita dari novel


Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?
menarik sgt...
cerita berunsur islamik..
lebih kurang cerita KCB(my fav movie...;))

tapi yg terkejut watak utama dlam
drama Warkah Cinta Berbau Syurga
rupanya iman muda Nazrul...
wah...hebat iman muda Nazrul nie...
mcm2 bleh wat...nyanyi pn bleh,b'lakon pn bleh
mengacara pn bleh....;)

semoga cerita2 berunsur islamik 
mcm nie terus mendapat sambutan dan
moga cerita sebegini mampu
memberi kesan yg mendalam utk dekat kpd Illahi...
insyaAllah..

p/s: tahniah buat TVAlhijrah kerna mampu membawa konsep islamik
dalam membentuk peribadi masyarakat Islam di Malaysia...
Segalanya Bermula Disini....tgk cite nie tetiba teringat acik kat tahfiz tue.. moga dia bakal jadi seorang alhafiz yg soleh...insyaAllah..

Friday, November 23, 2012

AKU, engkau berbeza...




Assalamualaikum w.b.t

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
 manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri,
 dosa anak perempuan yang belum berkahwin 
dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Beratkan??
Hukum menjelaskan anak lelaki kena 
bertanggungjawab ke atas ibunya 
dan sekiranya dia tidak
 menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya, 
manakala perempuan tidak...
Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya...
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya,
kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suami.
 BERATKAN?
(that why...lelaki kena cari wanita baik utk pastikan
dia tak bnyak dosa nak ditanggung...)

Suami kena bagi nafkah pada isteri,
ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu.
(Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri 
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin)

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
 bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa 
 yang ditanggungnyaseperti gunung dengan semut.

Tapi...
orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan
oleh Allah S.W.T.
(hanya orang lelaki je tau apa keistimewaannya tue...)



WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin suaminya apabila mahu keluar rumah.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kpd isteri.

Talak terletak ditangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid
 dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

 Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
 ditempat yang tersorok dan terselamat.
Sudah pasti pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah2 bukan?
 Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
 taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
 harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
 kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
 mnggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak
 tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya
 jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya(dosa kecil) diampun Allah.

 Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
 terhadap 4 wanita ini: isterinya,ibunya,anak perempuannya
 dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 orang lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana2 pintu
 syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:sembahyang 5 waktu,
 puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabillah tetapi wanita jika taat akan
 suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabillah
 tanpa perlu mengangkat senjata.

 MasyaALLAH....sayangnya ALLAH pada wanita...
 Seorang wanita adalah pelengkap dan sebenarnya istimewa
 di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki..
.kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan
sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin..
maka dengan keistimewaan itu,

 JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya..
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNya.

Jalan Bahagia



Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertakwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama...

Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terhingga.....

Didalam menjalani hidup didunia
Tiada terlepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah.....

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya
(Jalan Bahagia-Hijjaz)




Melangkah dan terus melangkah...Tercari-cari di manakah kebahagian selama ini...
Mengapakah setelah segala perkara yang telah kita lakukan
masih juga tidak bertemu dengan kebahagian?..
.Melihat teman-teman mempunyai "buah hati" kelihatan begitu bahagia.Lalu kita juga mencari.
Tetapi, bukan bahagia yang bertandang,tetapi semakin sakit pula rasa di hati.
 Melihat teman-teman berpakaian 'up-to-date',lalu kita juga memilih jalan yang sama.
 Menyangka bahawa itulah kebahagiaan. Enjoy bersama teman-teman setiap hujung minggu ,berkaroake,menonton wayang...kita menyangka bahawa itu kebahagiaan.
 Tetapi kenapa jiwa kita masih kosong?
Lalu,tiadakah bahagia di dunia ini?..
.Maka...kembalilah kepada fitrah penciptaan insan.
"Back to the basic".Kita inginkan bahagia. Memohon dan meminta kepadaNya
supaya bahagia itu bertandang..tetapi adakah kita lakukan segala suruhanNya?...
Bukankah Islam itu penyelamat kehidupan di dunia dan akhirat?
InsyaAllah...seandainya ISLAM menjadi cara hidup kita...Bahagia akan kembali bertandang. Tidak percaya?...Cuba dahulu...kita tidak akan menyesal dengan hasilnya.

Tuesday, November 13, 2012

♥ Wahai Calon Suamiku Belahan Jiwaku ♥

p/s♥ Bismillahirrahmanirrahim ♥


Untuk calon suami dunia akhiratku

Asssalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh

Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.

Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan sigap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum Insya Allah akan menyempurnakan sholat kita. Deru do’amu teiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam bulir air mata tak henti ku teteskan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke surga…

Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu

Aku tak banyak bicara karna aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap

Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…

Aku menunggu lisan ijab darimu..



..:: Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh ::.
.


p/s:"Ya Allah, jadikanlah aku wanita solehah yang baik diantara yang terbaik dan kurniakan aku seorang teman hidup yang menjadikan pegangan hidupnya berlandaskan syariatMu agar aku mampu meraih kebahagiaan hidup didunia dan akhirat...amin..ya Rabbal al-amin..."

Sunday, November 11, 2012

mini sosej & kek coklat

Assalamualaikum


Baru seminggu balik shah alam tapi dah rasa rindu kat umah...
Hmmm...btul statement "rumahku syurgaku"...
jauh mana pun kita pergi tapi tempat kelahiran jua yg dikenang...
huhu....

Balik cuti mid sem aritu bnyak benda yg dibuat...
Antaranya adalah '"membaking'...hehe
i love baking,cooking...sgt2...
kdg2 tak sabar nak balik umah bukan sbb 
rindu ngan bantal kat umah tp teringin nk cuba resepi baru yg dapat..
tambah2 klu wat roti ngan kek...

cuti seminggu aritu tak disia-siakn...
saya belajar wat mini sosej,wat kuih seri bulan,popia tauhu,
kek lapis masam manis,kek batik versi choc bar,dan yg slalu sy wat pn 
sy wat..kek coklat lembap,kek pelangi...

mmg puas hati sgt sbb roti sosej kali nie menjadi...hehe
 Jom tgk resepi..;)

MINI SOSEJ

bahan2nya:
agak2 dlm 380gm tepung roti(puas cari tepung nie...huhu)
dlm 3 sudu besar horlick(susu tepung pun ok)
30 gm gula
3 sudu kecil yis segera(mauripan)
1 biji telur
100 ml air suam
2 sudu besar water roux
1/2 shortening
sosej secukupnya

cara2 buat:

pukul telur dlm mangkuk dan masukkan 100 ml air suam td bersama yis...
masukkan horlick/susu tepung...biarkan adunan naik sebanyak 2 kali ganda...
masukkan tepung dlm bekas berasingan...masukkan water roux,shortening dan gula 
dalam tepung...kemudian masukkan adunan yis+air suam+telur td sedikit demi sedikit
dalam tepung sehingga membentuk doh...
saya uli dengan tangan so ada teknik nak bagi roti lembut
*masa tengah uli,masukan doh dlm bekas plastik dan ramas plastik tue dlam
5-10 minit...kemudian masukkan adunan tadi dlm bekas dan uli sehingga lembut lebih 
kurang 10 minit...biarkan doh naik 10 ganda...then bahagikan doh pada adunan kecil
then bleh bentuk ikut suka...
saya masukkan hotdog/sosej dlm roti tapi doh nie bleh wat mcm....pizza pn bleh..;)
bakar dlm suhu 160 darjah celcius dlm 16 minit...
keluarkan dari oven, sapu butter atas roti dan tabur gula ckit
then bleh makan!!!!


 
 adik2 ckap sedap...tapi diorg juz mkn hotdog je...

 comel plak wat kecik2 mcm nie...

 adunan yg sama pun bleh wat pizza...nie mini pizza...


KEK COKLAT KUKUS

Kek coklat kukus nie selalu jugak wat...simple...
sgt mudah...x payah guna butter...
jom kongsi resepi...

Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
esen vanilla

Cara buat:

1st,ayak tepung gandum dengan serbuk koko dan baking powder+soda...ketepikan
pukul telur dgn gula hingga kembang...
kemudian masukkan tepung+serbuk koko td sedikit demi sedikit diselang-seli
dengan air suam...kacau dengan senduk kayu perlahan2(teknik kaup-balik)..
kemudian masukkan susu pekat,esen vanila dan last sekali masukkan minyak masak...
kacau perlahan sehingga sebati...
Kemudian kukus selama 1 jam@ 1jam 30 minit(check dgn cucuk lidi then klu kek x melekat kat
 lidi kek dh masak...)
*klu nk cantik toppingkan dgn coklat masakkan & letakkan coklat urai...



kek nie moist sgt....sedap...huhu


kebetulan ada lebih coklat masakn dngn coklat urai n ptg
tue merajinkan diri wat donut coklat....


kek pelangi versi kukus...x sempat nk snap pic
dh tinggal separuh....

ikan siakap masak ala stim...

lemang ari raya haji...
kata mak lemang penuh kasih sayang....hehe









Saturday, October 6, 2012

"BAIK"

Kita slalu dgr, ramai yg tnya...
"macam mana nak jadi baik?"
samala dgn situasi saya skrg...
selalu berfikir macam mana nak jadi baik..
sedangkan orang yg baik pun
sentiasa berfikir utk jadi lebih baik inikan manusia
seperti saya yg sering terleka dgn dugaan di sekeliling....





Bila sebut je "baik",
apa yg di fikiran mesti yg positif je, nilai2 mulia je...
sebelum jadi baik, kita kena faham istilah "baik" tue sendiri.... 

Sebenarnya "baik" adalah apabila kita
melakukan segala suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan
laranganNya(AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR) 
dan sesiapa yang beriman dgn Allah S.W.T adalah baik.

Surah Al-Baqarah, ayat 208 b'mksud;
" masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jgn ikut
syaitan kerana dia musuh yg nyata".

Bila kita masuk Islam secara total,
baru kita dikatakan cukup baik....

Tapi........
Fenomena masyarakat kita sekarang,
hanya m'pratikkan Islam secara juz'ie....
mana yg rasa nak buat, kita buat...
mana yg rasa taknak buat, kita suka hati je tak buat......

Contohnya yg bnyak kita lihat adalah dari segi aurat...
terutamanya perempuan la..
biasanya di negara kita kan label baik tue apabila ada perempuan 
yg pakai tudung lepas bawah, pakai long sleeves dan 
pkai stoking kaki then itu adalah 'baik'
untuk Malaysian standard.....

pakai tudung tapi pakai short sleeves nmpak lengan,
pun kira belum cukup baik.....
pakai tudung tapi pakai baju ketat, jarang 
pun belum cukup baik....
selagi tak embrace Islam sepenuhnya, masih belum cukup baik...


sebenarnya itu dari fizikal tapi kita
kena tgk balik pergaulannya different gender macam mana
pulak....terjaga @ tak????

Ok...
katakan bab aurat dah settle,
tapi still duk pergi karoake @ tgk wayang,
adakah lesen 'baik' itu boleh dibawa?

Kadang2 saya terfikir, lebih baik hidup 
di negara yg bukan Islam berbanding hidup di negara Islam...
Walaupun pun belum pernah merasa hidup di negara orang,
tapi anggapan saya, hidup sebagai muslim di negara bukan Islam
adalah lebih istiqamah....
Ada hitam putihnya...
Cuba bayangkan di Malaysia, sebuah negara Islam..
dan apabila ada anak suatu hari nnt dan b'tnya...
"ibu, kenapa akak tue tak pakai tudung, dia kan orang Islam,
ibu ckap orang Islam kena pakai tudung...kalau akak tue tak pakai tudung
saya pun boleh jgak kn?"

susah utk menjawab soalan sebegini.
Tapi akan menjadi mudah sekiranya kita berada
di negara bukan Islam....
"akak tue tak pakai tudung sebab dia bukan orang Islam"

apa yang yg saya lihat kebanyakkan pelajar2 M'sia
yg berada di negara asing ini lebih kuat pegangannya terhadap
Islam....sentiasa sibuk dgn usrahnya, dan sedaya
upaya mengisi masa dgn perkara2 yg lebih b'faedah...
mereka sedaya-upaya menunjukkan nilai2 baik
kpd masyarakat di sana utk mendekati Islam......



Untuk jadi baik, terpulang pada individu itu sendiri...
Sebenarnya apabila kita dah settle dari sudut solat dan 
ibadat, dan secara tak langsung kita juga akan settle
 dari sudut syariat....

Hmmm...
memang panjang kalau b'cakap soal baik nie..
tak pernah habis...

Walauapapun anggapan  mengenai baik,
kita haruslah mengamalkan amar makruf 
nahi mungkar. InsyaAllah sama-samalah kita memperbaiki
diri untuk menjadi lebih baik dan apa yang paling
penting semoga kita mendapat lindunganNya di akhirat kelak
dan ditempatkan disyurga....InsyaAllah...


p/s: Berusahalah utk menjadi baik walaupun kita manusia takkan

pernah lari daripada melakukan kesilapan.