|
|
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Begitulah ana menilai diri sebagai manusia kerdil..
Perjalanan hidup yang sentiasa mengharapkan sesuatu dari Penciptanya. .
Meskipun kadang diri berasa sangat malu kepada Allah..
DaripadaNya turun begitu banyak nikmat dan anugerah..
Namun begitu sedikit pengabdian dan rasa kesyukuran yang sampai kepadaNya..
Sedangkan Dia begitu mengasihi hamba-hambaNya. .
Pintu taubat dan rahmat sentiasa terbuka buat hamba itu..
Walaupun segunung dosa telah dikumpul..
Walaupun hanya sedetik rasa keinsafan..
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan..
Namun Dia tetap yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. .
HambaNya berbuat dosa dan mengundang kemungkaranNya. .
Berasa gembira walau dikelilingi maksiat dan kehinaan..
Tidak takut dan gentar pabila malaikat mencatat segala perbuatan..
Dan pengakhirannya yang pasti dahsyat tanpa nasuha..
Tidakkah ana,anti dan anta telah melafazkan 2 kalimah syahadah?
Bersaksikan pengabdian kepada Tuhan yang Esa..
Dan pengakuan Rasulullah sebagai pesuruhNya..
Namun cukupkah hanya sekadar bertopengkan Islam sebagai agama?
Sedangkan mata tidak digunakan untuk melihat kebesaranNya. .
Telinga tidak digunakan untuk mendengar seruan kekasihNya..
Mulut tidak digunakan untuk amal makruf ikhlas keranaNya..
Tangan tidak digunakan untuk nahi mungkar demi kesucian syariatNya..
Dan kaki tidak melangkah untuk berjihad kepadaNya..
Layakkah diri berasa beriman dengan kitabNya?
Helai demi helai menyuruh hambaNya melakukan perintahNya. .
Lembar demi lembar menyuruh hambaNya meninggalkan laranganNya. .
Namun apakah diri ini beramal dengannya?
Surah demi surah telah tercatat kisah teladan..
Berbaur keimanan dan kejahilan cucu Adam..
Dari satu kurun beralih zaman..
Menjadi pedoman dan renungan berpanjangan. .
Adakah diri ini mengambil iktibar daripadanya?
Lihatlah bagaimana lemahnya diri ini..
Lihatlah bagaimana hinanya diri ini..
Begitulah dunia ini melalaikan manusia kepada Tuhannya..
Keindahan dan kemewahan yang mengaburkan pandangan..
Kesibukan dan kekuasaan yang mencuri perhatian..
Sehingga merungkaikan ikatan seorang hamba kepada Zat yang memberi nyawa..
Melupakan segala hak dan kewajibannya. .
Memberi berita gembira kepada yang melalaikan..
Apakah tidak ada sekelumit sesal?
Apakah tidak ada sesaat sedar?
Tatkala hanyut dibuai kesenangan dan kebebasan..
Tanyalah pada dirimu..
Bagaimana akhlak dan pergaulan manusia hari ini?
Bagaimana imej dan fesyen manusia hari ini?
Bagaimana ibadah dan amalan manusia hari ini?
Juga perhatikanlah dengan mata hatimu..
Bagaimana Islam hari ini?
Bagaimana perlakuan umatnya hari ini?
Bagaimana kealpaan muslim hari ini?
Dan ana yakin dan pasti..
Kita ada jawaban beserta saksi..
Bangunlah wahai yang bergelar muslim..
Tegakkan kembali agamamu yang semakin runtuh..
Timbulkan kembali agamamu yang semakin tenggelam..
InsyaAllah Allah beserta hambaNya yang berjuang dan berkorban demi agamaNya..
|
|
-PUISI BUAT RATUKU-
Ratuku…
Ingin kuluahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbinganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan –tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
Ratuku…
Kebimbinganku ini masih menebal
apabila kudengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu
Ratuku…
Kebimbinganku bertambah lagi
bila ku melihat bunga yang tak segan silu
melempiaskan kecantikkannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku…
Aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
Ratu idaman kalbu
kerana apa yang ku lihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku…
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa
yang berlari-lari
antara safa dan marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pinti syurga
Ratuku…
Akuilah hakikat yang tersirat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahaupun Siti Fatimah
engkau bukan A’ishah
bukan juga Rabiatul Adawiyah
wanita suci terpuji
Kerana
Aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pinti-pintu syurga.
Jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat
berkembang mekar
Tapi itu
hanyalah ujian buatmu.
Ratuku...
Esok musim bunga
pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan
ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
Janganlah sampai
tangan-tangan ganas
memetikmu lagi
Jangan goda
kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerna
Kau ratu idaman kalbu
Ratuku...
Aku bukanlah memandang
kecantikkanmu
walaupun kadangkala
aku tertarik
memandangnya.
Tapi
Bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku
Tersenyum lega
Kerana akan kutemui
Ratu yang benar-benar RATU.