Monday, January 31, 2011

Diganggu & FB deactivated!!

Assalamualaikum…

Nak tau…Saya dah dah deactivated akaun fb saya...

So..

boleh la saya lebih manjakan blog saya nie…hehe

Sebenarnya dah lama dah nak deactive kan fb..tp bila fikir balik nnt xtau plak p’kembngan kekawan…dan bila ada seseorg yg entah siuman @ x (yg saya sendiri pun x kenal) yg sengaja cari pasal di fb ..so saya nekad tutup akun fb…malas nak layan orang yg macam tue…salah saya jugak…pakai confirm je sapa yg add..huhu..sekarang saya dah xnak b’fb dah(azam baru 2011).

Saya pun x faham orang tue…mungkin dia xde kje kot…dia ckp sy ex-gf dia la(mn la sy ada bf sblm nie)..status sy dia tulis suka hati die je(dah la x hensem…klu hensem mcm fahrin ahmad ok la jgak..haha..jahat!!!) padahal dia langsung sy x kenal..…sy rasa dia mungkin slah org kot..mgkn nama saya sama dgn nama ex-gf dia kot..lgpun kat fb sy x letak pic..so dia ingt sy ex-gf dia…dia pun add(dan saya pun dgn rela hati g confirm padahal x kenal..huhu)…xkan org x siuman pandai wat fb plak..hmm..mgkin silap org kot..kat sini sy maafkn dia walaupun mgkin dia x baca blog sy nie..(sy x suka simpan dendam kat org walaupun org tue dah lukakan hati saya...biar Allah S.W.T saja yg membalasnya).

Sekarang saya lebih tenang tanpa fb..walaupun saya kan ketinggalan p’kembngan kekwn..tp phone kan nada…ym pn ada..blog pn nada…so boleh tau jgak walaupun tnpa fb..

sebenarnya fb nie bnyk ke arah yg melalaikan(mentang2la dh deactive fb..masa duk b’fb dlu x prnh perasan pn ..huhu)..saya ‘tabik’ la dgn org yg xde fb pd zaman skrg..hebat la..dia ada prinsip dia sndr…mcm sorg kawn sy nie..dia xda fb,xda ym,xda friendster yg ada juz email je…bg dia biar dia ketinggln smua 2 tapi dia xnk lalai…pelajaran no 1..

wah..lps nie sy nie sy pun nk jd mcm dia la…mulakan dgn fb dulu sbb bnyk buang masa kat fb…bkn sbb sy suka komen status org tp suka tgk pic org je.hah..ckpa pasal pic, kat fb nie pun bnyk wat dosa..sbb kat fb nie la bnyk org letak gmbr…tmbh2 perempuan..org lelaki apa lg…lg2 la suka b’fb sbb suka tgk gmbr2 perempuan yg seksi2…ada jgak yg sy jmpa pic perempuan nie yg duk b’kemban..kononya nk tunjuk dia dh kurus…padahal ada pic lain yg pakai tudung…hmmm…apa la nk jadi zaman skrg..aurat dibuka dan ditutup sesuka hati…nauzubillah…saya pun perempuan ..saya harap iman sy kn sentiasa terpelihara…insyaAllah.

Kesimpulannya disini...jangan sesuka hati je add @ confirm org jd frens kita kalau kita x kenal..

sebabnya bukan semua org ada niat baik dgn kita..;)

Thursday, January 27, 2011

Manakala kita berdosa.....


Assalamualaikum....

Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa
dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang, bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan
Tuhan semasa di dalam sembahyang.


Istighfar bererti meminta maaf, meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Di sini ingin diceritakan tentang dua istighfar.

Istighfar pertama:

Istighfar yang pertama ialah sebelum solat atau sebelum sembahyang, iaitu
sebelum takbiratul ihram.

Istighfarlah dan bertaubatlah sebanyak -banyaknya dan sepuas-puasnya.
Istighfarlah sehingga hati kita terasa kenyang, tenang dan tenteram.

Semoga dengan itu Allah ampunkan dosa-dosa kita.Supaya kita tidak membawa
dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang kita.

Antara sebabnya ialah:
1. Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang,bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

2. Manakala kita berdosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, kita
sebenarnya orang yang derhaka dengan Tuhan. Kalau kita sembahyang
juga tanpa kita bertaubat dari dosa-dosa tersebut maka sembahyang
kita ialah sembahyang orang yang derhaka dengan Tuhan.

3. Kalau kita berdosa dan kita tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa itu,
kita ialah orang yang angkuh dan sombong dengan Tuhan. Kalau dalam
keadaan itu kita bersembahyang, maka sembahyang kita ialah sembahyang
orang yang angkuh dan sombong, bukan setakat angkuh dan sombong
kepada manusia yang mungkin boleh dianggap ringan sedikit, tetapi
angkuh dan sombong dengan Allah itu sendiri iaitu Tuhan yang hendak
kita sembah.

4. Di dalam sembahyang, kita banyak berdoa. Kalau kita membawa dosa,
Allah murka kepada kita. Bagaimana kita dapat berdoa kepada Tuhan
yang sedang murka dengan kita. Apakah peluang bagi doa-doa kita itu
dimakbulkan Tuhan? Kalau Allah tidak makbulkan doa-doa kita kerana
Dia sedang murka kepada kita, mungkin kita akan selamat. Tetapi kalau
Allah makbulkan juga doa dan permintaan kita dalam sembahyang dalam
keadaan Dia sedang murka dengan kita, maka apa sahaja yang Allah
kurniakan itu akan menjadi istidraj. Iaitu ia akan menjadi nikmat
yang Allah kurniakan dengan marah. Ia akan menjadi nikmat yang tidak
diiringi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di hujungnya nanti,
kita akan jadi kufur nikmat.

5. Bagaimana pula hendak kita sembah Tuhan dalam keadaan kita sedang
derhaka kepada-Nya kerana dosa-dosa kita yang tidak terampun. Kalau
kita mengadap dan menyembah raja atau sultan manusia di dunia ini
pun, dalam keadaan kita derhaka kepadanya, mungkin dia tidak mahu
tengok kita. Kalau tengok pun, mungkin diherdik dan dimaki hamunnya
kita. Atau mungkin dia akan terus tangkap dan hukum kita.

6. Bagaimana pula akan kita sembah Tuhan kalau kita angkuh dan sombong
dengan-Nya kerana tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa kita. Angkuh
dan sombong itu bukan sifat hamba. Ia sifat Tuhan. Bagaimana boleh
kita bersifat sombong dan angkuh dan kemudian mahu menyembah Tuhan.
Ketika itu kita bukan lagi hamba. Kita tidak tawadhuk dan tidak
merendah diri di hadapan Tuhan. Ketika itu kita seolah-olah mahu
menyamai atau menandingi Tuhan. Dalam keadaan ini, bolehkah
sembahyang kita itu dianggap sebagai satu penyembahan atau satu
pengabdian. Adakah ketika itu kita benar-benar sedang sembahyang dan
sedang mengabdikan diri kepada Tuhan?


Inilah di antara sebab mengapa sembahyang itu gagal untuk menghidupkan
rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dalam diri orang yang
bersembahyang. Kerana dalam sembahyang, mereka dimurkai Tuhan, mereka
derhaka, dan mereka sombong dan angkuh dengan Tuhan. Bila sembahyang tidak
khusyuk dan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan tidak timbul atau
tidak wujud di dalam sembahyang, maka sembahyang itu tidak ada nilai dan
tidak ada erti apa-apa. Ia tidak mendidik hati kita dan tidak akan dapat
menjauhkan kita dari perkara-perkara yang keji dan yang mungkar.

Istighfar kedua:

Istighfar yang kedua ialah sesudah memberi salam. Lainlah kalau sembahyang
kita itu seperti sembahyang orang muqarrobin atau orang siddiqin yang tidak
ada lalai dalam sembahyang mereka. Bagi mereka ini, layaklah mereka
mengucapkan Alhamdulillah selepas salam sebagai tanda syukur kerana Allah telah kurniakan mereka nikmat khusyuk, tawadhuk dankhuduk di dalam sembahyang mereka.


Tetapi bagi kita orang-orang awam, yang sembahyang kita cacat sini cacat
sana, bocor sini bocor sana, koyak sini koyak sana dan defect sini defect
sana, mana mungkin layak bagi kita mengucapkan hamdallah. Adalah lebih
patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak
berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di
dalam sembahyang.

Contohnya:
1. Di hadapan Tuhan kita lafazkan berbagai-bagai perkataan, misalnya,
Allahu Akbarâ , tetapi tidak faham pun apa yang kita lafazkan itu.
Kalaupun faham, tidak terasa pula bahawa Allah itu benar-benar Maha
Besar di hati kita. Kita tidak maksudkan dan kita tidak rasa apa yang
kita kata. Kita hanya berlakon dan berpura-pura di hadapan Tuhan.

2. Dalam masa kita sedang menyembah Tuhan pula, jasad kita berdiri,
rukuk dan sujud, tetapi hati dan jiwa kita entah ke mana-mana. Allah
menunggu kita untuk disembah dan untuk menerima segala pengaduan
tetapi kita tidak hadir. Kita wakilkan sahaja kepada jasad dan tubuh
badan kita yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa. Jasad dan jawarih
kita sahajalah yang menyembah Tuhan.

Sudahlah di luar sembahyang kita tidak pernah bersama Tuhan, ini
sedang menyembah Tuhan dalam sembahyang pun kita gamak tinggalkan
Tuhan untuk berfoya-foya dengan hal-hal dunia.

Belum pernah lagi kita dengar ada orang yang mengadap raja atau
sultan dan sedang dia mengadap itu, langsung tidak menghiraukan raja
malah dia tinggalkannya sultan begitu sahaja untuk pergi ke kedai
membeli rokok. Tapi dengan Tuhan, semasa dalam sembahyang, inilah
akhlak dan perangai kita.

3. Dalam sembahyang, Allah bukan hendak berhadapan dengan jasad kita
tetapi dengan roh atau hati kita. Tetapi roh kita jarang hadir. Ramai
orang yang boleh membawa jasad dan lidah mereka untuk bersembahyang
tetapi tidak ramai yang mampu membawa roh dan hati mereka untuk
bersembahyang sama.Demikianlah kita orang awam, selalu sahaja tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan dengan Tuhan. Kalau ini berlaku di luar sembahyang pun sudah dianggap berat, inikan pula ia berlaku ketika kita sedang mengadap dan menyembah Tuhan. Lagi-lagilah ianya dianggap berat.

Patut sangatlah kita beristighfar dan meminta ampun selepas memberi salam!!!


Sekian...hanya perkongsian bersama....



Wednesday, January 26, 2011

Merbok VS Shah Alam


Assalamualaikum...


Kelmarin lepas ada sy tulis nak gtau apa beza
antara UiTM Merbok & UiTM Shah Alam kn???

Sebenarnya bukan nk banding2kn
mn lebih baik @ x..
(x perlu nak bandingkan pun sbb
UiTM nie tetap universiti yg sama..cuma kampus yg berbeza)

So,sekarang kita bercakap pasal kampus UiTM..
sbb 2 tajuk entry sy x letak 'UiTM'
tapi juz nama tempat je..

MERBOK vs SHAH ALAM

Ada apa kat Merbok & apa
ada kat Shah Alam???

2 thn setgh di Merbok..
banyak pengalaman yg saya dapat..
dari segi pengaulan hinggalah pengurusan diri sbgai
seorang pelajar IPTA..

dan di Shah Alam...
masih lg ditahap percubaan untuk menyesuaikan diri
dgn suasana yg mmg ternyata amat berbeza di Merbok...

Apa yg bezanya????

1)-SAIZ

smua orang tau UiTM Shah Alam mmg besar & luas..klu nk
dibandingkn dgn Merbok..mmg berganda2 la besarnya..

mgkn Shah Alam nie induk UiTM so sbb 2 dia besar..


2)-MAKANAN

makanan kat Shah Alam nie xde beza pun...
harga pun still sama je ngan harga di Merbok..
cuma x dpat elaun makan mcm kat Merbok dlu la..huhu
(degree mmg dh xda elaun RM4..juz utk diploma je)

3)-DISPLIN

kat Shah Alam nie displin kurang diambik berat..
mcm klu student x pakai kad matrik pun xpe..
klu la kat Merbok dulu..x pakai kat matrik pak guard ligan 1 UiTM..huhu

sama la dr segi pakaian..
memandangkn Shah Alam nie bandar,
so bnyak student yg 'b'fesyen' ikut trend la org ckap..
especially bdk2 perempuan..
mengalahkan lecturer gayanya..
klu yg pakai ketat 2, pn xpe...
x dikenakan tindakan displin..

mmg agak bebas la..
t'kejut jgak bila tgk lelaki & perempun naik motor skali..
tapi kat sini dah x kisah..
xde sapa nk ambik peduli..
lain la kat Merbok dulu..
klu ada mcm nie mesti Ustaz Basyir yg akan bising..

4)-PERGAULAN

pergaulan kat sini agak terbatas..
sbbnya pelajar2 kat sini bleh kenal dgn fakulti msg2 je..
fakulti2 lain agak jauh..
mcm FSKM sndr..walaupun b'gabung dgn fakulti pergigian..
tapi jarang nk dpt b'gaul mesra.

klu ada aktiviti @ event pn hanya melibatkn fakulti msg2..
so..x heran la klu ada kawan yg study kat UiTM Shah Alam pn
x prnh jmpa( bila la dapt jumpa Imah..huhu)

klu di Merbok dulu..mgkin bil. student x seramai di Shah Alam..
so nak knal dgn kos2 lain sng je..
bkn takat knal..kwn rapat pn ada..


antara tambahan2 lg..
kat shah alam nie
student dari merata2 tempat..
smua bercampur...
Kedah,Kelantan,Sabah..
smua la...negeri2 dlm Malaysia...
tapi yg sy jmpa paling ramai org Kelantan..
ramai gak org Kelantan...huhu
mcm kat Merbok dulu ramai org Kedah..
2 yg xda masalah...
tapi kat sni kadg2 nk ckap pn kena hati2..
takut org x faham apa kita ckap..huhu

Kesimpulannya kat sini..
bagi saya Merbok lebih seronok..

betul la pepatah Melayu
'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendri'

lgpun hidup kat Shah Alam nie, lebih mencabar..
bnyak golongan2 elit & pndai2 kat sini..
kena pandai2 b'dikari & bawak diri la
tambh2 hidup kat tempat bandar mcm nie..
lg bnyk dugaan..huhu


UiTM SHAH ALAM



fakulti kejuruteraan..antara fakulti yg t'besar di UiTM Shah Alam.
gmbar sekitar kawasan UiTM Shah Alam..
bangunan canselori UiTM Shah Alam...depan pintu masuk

UiTM MERBOK,KEDAH



pintu masuk UiTM Kedah..
bangunan academic courtyard
dari pintu masuk..bangunan pentadbiran..
bangunan akedemik

p/s: x sabar nak balik Kedah...cuti kali nie kena hargai btul2 la...lpas nie x mgkn b'peluang
nak balik Kedah lg...2 hari lg...Kedah..mak abah tunggu anak mu ni pulang ye..hehe..
x sabar nak naik bas express..excited sbb x pernah naik utk p'jalann yg jauh..huhu


Sunday, January 23, 2011

Permulaan 2011...


Assalamualaikum.....

Ada org tanya bila nak update blog la???
terasa blog sye nie 'famous' jgak ek...hehe

memandangkn dah ada org tnya bila nak update..
so...kena la update..
untuk kebaikan publisiti blog nie jgak..hehe



bukan x nak update, tp kesibukan diri
yg buatkan blog nie x t'update...

rasanya belum terlambat lagi saya nak ucap
SELAMAT TAHUN BARU 2011



dah hampir sebulan pun kita di tahun 2011..
dan hampir sebulan juga la saya di UiTM Shah Alam..

UiTM Shah Alam...

sebelum nie juz dgr je pasal UiTM Shah Alam..
org ckap UiTM Shah Alam nie besar dan mmg ternyata besar..
berganda-ganda besarnya dari UiTM Merbok...

tapi...
bak kata pepatah..
"hujan emas di negeri org,hujan batu di negeri
sendiri, tapi lebih baik di negeri sendiri."

begitu la nak di ibaratkan
betapa berbezanya Shah Alam dan Merbok..
(entry kan datang sy cerita apa yg bezanya ek..)

Memandangkan tahun baru..so
bermula hidup baru...

Tahun nie kena lebih berdikari dan
matang cket(22 thn dah pn)..
sebabnya dah degree pun..
bukan bleh main2 mcm diploma dulu..huhu

Hidup kat tempat orang mmg xkan sama
dengan hidup tempat sendiri...

Kena la pandai2 bawak diri..



Untuk tahun 2011 nie azam mesti diteruskn
Kena berusaha lebih gigih untuk berjaya dalam hidup...