Sunday, December 23, 2012

Welcome Back Final Exam


Assalamualaikum w.b.t

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,
maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya
 (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

cepatnya masa berlalu...
dah masuk study week...
maksudnya dah berakhir untuk sem nie...
betulla...
masa ibarat sungai yang mengalir...
sekiranya kita tidak cuba untuk melawan asusnya,
maka kita kan hanyut....

Alhamdullilah...
test2 dah selesai...
assignment2 dah dihantar... 
project2 math di present..
juz proposal 2hb nnt disubmit...

So...lps nie bleh fokus study...

study..
rasa dah lama study...
kawan2 ramai dah kerja....
bila la nak merasa nak belanja mak abah nie...
huhu...

tapi kan...
klu cakap mcm nie depan mak abah,
diorang x suka...
bak kata abah, 
"belajar la dulu, muda ag..."

ok...muda ag..hehe

hmm...rezeki masing2...
ada yg cepat...ada yg lambat...

aku pernah bandingkan diriku...
aku ibaratpokok buluh yg sedang cuba mengukuhkan 
akarnya untuk menjadi kuat... 
insyaAllah...

ok..berbalik soal final exam nie...
ada 4 paper...
3 subject math, 1 acc...

3hb-PDE
4hb-complex
15hb-statistic(QMT)
21-taxation

bleh tahan...
tapi PDE ngan complex....
hmmm....insyaAllah...
try yg terbaik...

berbeza la math ngan computer...
dlu masa diploma, juz relaks je msa final...
xda nk study siang malam...
mgkn subject masa diploma juz dgn baca n hafal..
tapi math...
klu tak wat latihan tiap2 hari...
final mmg xdapat jawab....trust me...


and...
dlu masa diploma, 2 hari nk final baru nk start
buka note...
tapi sekarang kena start awal...
banyak sgt nk kena cover...especially complex..mmg complicated

jadual belajar pn dah berubah..
memandangkan aku nie jenis yg tido awal...
klu pkul 12 tue..automatik mata dah nk tertutup..
so kul 3@ kul 4 pagi tue terpaksala bangun...
dalam study pengorbanan tue penting....

Study tue..
study jugak la kan...
tapi jangan lupa Allah..[peringatan utk diri sendiri]

Kadang2 terlupa tujuan belajar yang sebenar...
apa tujuan utama kita menuntut ilmu...

dalam menuntut ilmu,
hati mesti ikhlas kerana Allah...
wajib bagi setiap umat Islam untuk memastikan niat 
menuntut ilmu adalah kerana Allah...
bukan hanya mengejar habuan duniawi sahaja...

kan Rasullullah s.a.w pernah berpesan;
Allah akan menyediakan tempat neraka bagi sesiapa
yang menuntut ilmu untuk kesenangan di dunia semata2
tanpa memikirkan umat Islam yg lain....

Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu 
maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa 
 Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan 
orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa
 melainkan orang yang beramal dan setiap
 orang yang beramal akan binasa
 melainkan orang yang benar-benar ikhlas.   
[ayat 235 surah al-Baqarah]

InsyaAllah..jika niat kerana Allah..
Allah pasti tolong...

memang la susah nak ikhlaskan diri kerana Allah...
 sbb dalam hati kita mesti ada bnyak sbb lain
kenapa kita belajar selama nie..
kita kan berada dalam sistem sekular,
dimana kita hanya memikirkan material..

bila belajar sungguh2..dapat CGPA ok..
mesti dapat kerja ok...dah dapat kerja ok..
gaji pun mesti ok...
Gaji dah ok...dapat beli rumah besar cket..
kereta mesti la yg ada 'class'....
dapat la tunjuk muka kat depan kawan2...
bila kwan2 tnya kerja apa skrg....dapat la jawab dgn bangga cket....

Ingatlah...
jangan jadi seperti lalang yang semakin tinggi
semakin mendongak ke langit kerana sombong.

Sekiranya niat hanya kerana Allah,kita akan
mampu memiliki sifat terpuji termasuklah
sifat merendah diri...

Jadilah seperti padi,
semakin berisi,semakin tunduk ke bumi....

Keseimbangan ilmu dunia dan ilmu akhirat
amat penting....

kadang2 bila tertekan, kita slalu ckap..
"smua ni juz dunia,jgan fikir sgtla...
biarla...nk jadi apapun"

sebenarnya kita perlu lakukan sesuatu 
perkara itu dengan sungguh2...

berusaha,doa dan tawakal....
urutannya mesti betul..
berusaha dulu...baru berdoa mengharapkan pertolongan Allah..
Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu
x mengubah nasibnya sendiri...



 buku nie hasil tulisan dari ustaz Wan Ji Wan Husin tapi
dipandang sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat...
blum habis baca ag...tapi buku nie kisah para wali
mencari ilmu ikhlas kerana Allah...walaupun diri x sehebat mereka
tapi dgn membaca kisah2 mereka mampu membuat diri
sedar yang diri nie hanya hamba dan walau setinggi mana pun kita 
mencari ilmu....x mampu meraih semua ilmu Allah...
Ilmu Allah itu terlalu luas...ilmu yg kita dapat sekarang umpama senipis-nipis kulit bawang...
banyak lagi ilmu yg kita xtau...


sentiasa la berfikiran positif...
walau bnyk rintangan yg mendatang...

ilmu perlu dicari...bukan setakat mengharapkan
ilmu yg diajar di sekolah,di univesiti tapi ilmu tambahan yg lain perlu...

p/s: "Shuhada....ingat Allah...ingat mak abah...belajar rajin2 tau..."
InsyaAllah...chayoookkk !!!!;)
 

Thursday, December 6, 2012

AL-KISAH TENTANG JODOH

Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
          "Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
          "Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
          "Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
          "Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
          "Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."
          Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
          "Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
          "Habis mengapa putus?"
          "Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."
          Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

          "Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
          "Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
          "Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
          "Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
          "Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
          "Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."
          Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."
          Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
          "Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."
          Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. 
          Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."
Cantik Itu Relatif dan Subjektif

          "Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
          Dia ketawa tiba-tiba.
          "Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
          "Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
         "Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
          "Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
          "Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
          "Maksud abang?"
          Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
          "Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
          Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
          "Ya, betul tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."
Wasilah Memilih Jodoh

          "Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
          "Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
          "Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
          "Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
          Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
          "Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
          "Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

         'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
         "Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
        "Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
          "Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."
          "Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
          "Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
          Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
          Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
          "Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"
          Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
          "Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
          "Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
          "Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
          "Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
          "Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
          "Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"
          Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

          "Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
          "Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
          "Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
          Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
          "Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
          "Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
          "Mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
          "Hikmah untuk kita?"
          "Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."
          Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. 
          Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
          Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: 
          "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"
~edited from http://sekilasmemoir.blogspot.com/2011/03/al-kisah-tentang-jodoh.html~

Saturday, December 1, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga

Assalamualaikum w.b.t..

Warkah Cinta Berbau Syurga
(Iman Muda Nazrul feat UNIC)

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terlerai
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar

Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
 
 
Warkah Cinta Berbau Syurga
drama terbaru di TVAlhijrah..
adik yang post cite nie kat fb...
bru layan smpai episod 3...
rupanya cerita dari novel


Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?
menarik sgt...
cerita berunsur islamik..
lebih kurang cerita KCB(my fav movie...;))

tapi yg terkejut watak utama dlam
drama Warkah Cinta Berbau Syurga
rupanya iman muda Nazrul...
wah...hebat iman muda Nazrul nie...
mcm2 bleh wat...nyanyi pn bleh,b'lakon pn bleh
mengacara pn bleh....;)

semoga cerita2 berunsur islamik 
mcm nie terus mendapat sambutan dan
moga cerita sebegini mampu
memberi kesan yg mendalam utk dekat kpd Illahi...
insyaAllah..

p/s: tahniah buat TVAlhijrah kerna mampu membawa konsep islamik
dalam membentuk peribadi masyarakat Islam di Malaysia...
Segalanya Bermula Disini....tgk cite nie tetiba teringat acik kat tahfiz tue.. moga dia bakal jadi seorang alhafiz yg soleh...insyaAllah..