Friday, November 11, 2011

Kesibukan Yang Tidak Akan Berakhir

Assalamualaikum w.b.t

Seseorang pekerja akan mengulang rutin harian yang sama setiap hari. memulakan hari mereka dengan bekerja seawal 7 pagi dan menghabiskan kerja mereka sehingga lewat 7 petang. Kemudian, pulang ke rumah untuk menonton rancangan televisyen kegemaran, melayari internet, bersama pasangan, mengupdate status laman sosial atau lepak bersama kawan-kawan. Mereka mencari-cari apakah perkara yang perlu disibukkan apabila ada masa terluang di malam hari, di hujung minggu atau cuti umum.

Itulah kesibukan rutin harian seorang pekerja dan mungkin bagi seorang pelajar. Hidangan hiburan yang dicari bukan lagi menghadiri majlis ilmu agama/halaqah/ usrah , membaca alquran, mencari mad'u untuk dibina, berdakwah, membaca buku-buku perubahan diri atau kesibukan amalan akhirat, namun, kita telah disibukkan dengan hiburan orang-orang barat yang semestinya menjadi hidangan yang paling lazat kala ini.

Inilah yang dikatakan,

" Apabila kita tidak disibukkan dengan kebaikan, maka kita akan disibukkan dengan keburukan"

Kesibukan MEREKA


Jika dahulu, Rasulullah saw dan sahabat-sahabat disibukkan dengan ibadah, halaqah-halaqah ilmu, dakwah, perang, infaq dan membangunkan ekonomi untuk dijadikan harta dakwah.

Rasulullah saw sibuk dengan tugasnya menjadi ketua negara, ketua perang, ketua keluarga, berdakwah dan ibadah kepada Allah.

Musa'b sibuk dengan tugasnya berdakwah di Madinah.

Abu Bakar sibuk menjadi sahabat Rasulullah saw yang paling setia.

Abu Hurairah sibuk mengumpul hadith daripada Rasulullah saw dan otaknya adalah gudang pengetahuan

Khalid al Walid sibuk menjadi panglima perang yang berwibawa.

Siti Khadijah sibuk menguruskan perihal Rasulullah dan menjadi pendokong setia baginda.

'Ibn. Sina dan Al-Razi sibuk dengan hafalan alquran, kajian-kajian tentang perubatan dan penghasilan karya-karya yang masih segar dan menjadi rujukan hingga kini.

mereka sibuk dengan perkara-perkara yang melibatkan kebahagiaan dunia dan akhirat . tapi kita?

Dunia yang menyibukkan



Seorang pelajar sering disibukkan dengan assignment, kerja kursus dan nota-nota yang bertimbun.

Seorang ibu sering disibukkan dengan masalah anak-anak, kerja rumah dan suami.

Seorang doktor sering disibukkan dengan melayan karenah pesakit, oncall dan seminar.

Seorang cikgu atau pensyarah sering disibukkan dengan mengajar, melayan karenah anak murid dan kelas tambahan.

Alasan-alasan inilah rupanya menjadikan status mereka sibuk. Padahal, hakikatnya mereka punya masa lapang yang banyak.

Ayuh semak.

Sesibuk mana pun seseorang mereka masih lagi mampu untuk mengupdate laman Facebook dan duduk berjam-jam di hadapan laptop. Lihatlah statistik yang dilakukan, seramai 10.2 juta dari 28.9 juta rakyat Malaysia mempunyai Facebook dan telah pun disibukkan dengan 'kitab' buatan Mark Zuckerberg ini setiap masa.


Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih boleh mengupdate blog dan melompat daripada blog lain ke blog lain setiap hari.

Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu mendownload movie/anime dan menontonnya berjam-jam di hadapan laptop.

Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu menghabiskan setiap episod drama di televisyen.

Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu menghabiskan beberapa keping cd bollywood, hollywood dan korea.

Sesibuk mana pun seseorang, mereka masih mampu membalas setiap mesej daripada pasangan mereka dan masih ada masa untuk membuat temu janji setiap minggu atau setiap hari.

Akhirat yang diabaikan




Apabila manusia sibuk dengan dunia, akhirat hanya dipandang sebelah mata.


Solat lewat waktu dirasakan biasa. Alquran hanya dibaca kadang-kadang sahaja .
Qiamullail hanya dilakukan bila ada hajat di dada.
Halaqah atau usrah hanya diguna pakai bila terasa kosong di jiwa dan bila sudah bosan dengan dunia.
Dakwah dikatakan tidak wajib bagi dirinya. jika orang lain sudah buat, maka dia telah terlepas daripada dosa.

Fahaman sonsang inikah yang telah meresap di dalam hati kita?


Apabila diajak kepada amalan yang mendekatkan kepada Allah dan jaminan kebahagiaan kita di akhirat, kita sentiasa mengelak dan menjadikan sibuk sebagai alasan utama.

Namun, masa lapang yang ada digunakan untuk perkara sia-sia seperti Facebook, blog, movie dan games, kita boleh pula mengatakan ia adalah untuk menghilangkan ketegangan setelah penat bekerja atau belajar. Perkara-perkara ini bukanlah semakin menghilangkan ketegangan malah ia hanyalah satu keseronokan yang mampu menjauhkan diri daripada Allah. Padahal untuk menghilangkan ketegangan itu adalah melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah itu sendiri.

Adakah berani untuk kita mengemukakan alasan ini dihadapan Allah kelak? Malulah kalian dengan masa yang ada dibazirkan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.

bila ia akan berakhir?

Adakah kesibukan ini akan berakhir setelah kita habis belajar?
Atau setelah kita jadi bos dalam sebuah syarikat?
Atau setelah bersara?
Kita tidak akan dapat rehat walau apapun kondisi kita.


" Sesungguhnya rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke syurga"


Kerehatan bagi kita bukanlah kematian. Kalau ia adalah kematian, bagaimana di alam barzakh? Kita mungkin sibuk dengan pukulan-pukulan keras daripada malaikat kerana dosa dan noda. Semoga dijauhkan ya Allah.

Semoga kesibukan kita pada hari ini adalah menyumbang pada agama, bukan menjadi penumbang agama. ayuh, kita fikir-fikirkanlah.

p/s:kesibukan kita pada hari ini adalah racun bagi kebahagiaan kita diakhirat kelak.

Wednesday, November 9, 2011

Bersyukurlah

Assalamualaikum...

Dingin betul rasanya malam nie...
Hmm...mmg syok klau lena tapi mata x ngantuk lagi...
adik2 smua dh tido, tv dah ditutup coz xde rancangan yg menarik nk ditonton.
So..apa lagi...ambik kesempatan mengupdate blog
yang dah lama x diupdate nie..


Sebenarnya baru je lepas menonton rancangan Bersamamu kat tv3.
Tiba2 terdetik dihati...
'Ya Allah, betapa sempurnanya hidup aku jika
nak dibandingkan dengan hidup mereka'

Sungguh...
hidupku terlalu sempurna..
masih punya ibu dan ayah..
masih punya adik2,( walaupun tiada abang dan kakak)..
masih punya rumah sendiri(walaupun mak abah yg punya)...
masih b'kesempatan belajar(walaupun xla setinggi mana)..
masih mampu beli pakaian yg baru..
masih mampu makan makanan yg suka..
dan segala yang dihajati insyaAllah pasti kan kuperolehi...

Tapi...
kadang2 aku masih merasa kekurangan..
walaupun sebenarnya aku telah dapat lebih..

Memang betul..
manusia x pernah cukup dengan kenikmatan yang diberi
oleh Allah S.W.T..
Tak pernah nak bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.
Sedangkan ramai orang lagi yang hidupnya lebih susah, lebih
sengsara dan lebih daif dari kita...

Nikmat yang kita peroleh kita x pernah sedar..
dan pabila Allah menarik semula nikmat tersebut barulah kita
mula sedar dan kesal..

Erti syukur itu perlu difahami..
perlu diteliti maksudnya..
agar perasaan bersyukur kepada Allah S.W.T sentiasa ada..
agar kalimah 'Alhamdullilah' sentiasa dibibir...

Hayati lirik lagu erti syukur nie
moga2 kita memperolehi sesuatu..
InsyaAllah..

Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terpula
Adakala aku leka
Ampunilah...Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisimu
Seringkali terlupa nikmatmu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namamu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatmu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusiaLemah dan tidak berdaya di sisimu
Seringkali terlupa nikmatmu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namamu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatmu
Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang kau kurnia
Ku bersyukur ya tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya allah maha mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padamu
Sebagai tanda ku nilai
Rahmatmu tuhan

Aku bersyukur ya allah
Segala pemberianmu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur alhamdulillahSesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
Kepadamu yang esa

p/s:manusia hanya akan bersyukur sekiranya mendapat apa yang dihajati. Namun satu perkara yang jarang disyukuri adalah nikmat lahir sebagai seorang Islam...renung2kan..

Tuesday, November 8, 2011

SaLaM AiDiLaDha...

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak mencoret
sesuatu dlm blog nie..
Kebetulan tgh cuti mid sem nie
so ambik kesempatan yg ada utk mencoret sesuatu..
kesian blog nie...xde diisi2 apa2pn...

dan dikesempatan yg ada jugak..
saya dengan ini mengucapkan SELAMAT
MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN @
SALAM AIDILADHA...
(walaupun sebenarnya raya dh msuk hari ke3..
perut dh penuh pn dgn daging..huhu)



kembali kpd soal blog..
knp sy dh jarang berbloging nie ek?
entahla..
nk ckap busy..bukan alasan yg utama..
nk ckap malas nk taip..difb bleh je taip...
nk ckap xde internet...ada je...
yg pasti sy sendiri xtau...

tapi..
minat berbloging still ada..
insyaAllah..selagi mampu sy coretkan sesuatu..
sy xkan biarkan blog nie x terisi walaupn
xde yg nk baca...hehe

perasan @ x..
sy dh ubah layout blog nie..
sbnarnya adik sy ckap,rasa kelam
bila baca blog sy..
dia ckap sbb terlalu gelap..
ok..
sy ubah warna yg lebih ceria..
ceria ke???
boleh la...dari dulu kn...

dan lepas nie sy harap
sy akan rajin2kn diri utk mengisi
sesuatu yg berguna dlm blog nie..
insyaAllah...