Tuesday, March 29, 2011

10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia

1 - Alcoholism.
50% kanak-kanak berisiko mendapat tabiat minum arak. Ingat lagi budak lelaki Indonesia yang masih hingusan merokok? Dia juga dikatakan minum arak. Syukur ia tidak terjadi Malaysia. Tapi dinegara-negara yang menjual arak secara terbuka mengalami masalah ini.

2 - Kanser Payudara.
Penyakit misteri kerana masih tidak diketahui puncanya. Lebih kepada wanita. tapi lelaki juga mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.

3 - Buta Warna.
10 juta orang di US sahaja tidak boleh membezakan warna merah daripada hijau. Buta warna lebih common dikalangan lelaki.

4 - Buli.
Genetik yang membuatkan seseorang itu ganas dikatakan diwarisi daripada ibubapa. Atau keturunan sebelumnya. Tetapi penyelidik menyatakan role genetik tersebut lebih mudah diwarisi oleh golongan wanita.

5 - Obesity.
Obesity dikaitkan dengan kod genetik yang diwariskan daripada nenek moyang kita dahulu. Ia lebih kepada makan berlebihan kalau diikutkan statistik.

6 - Penyakit Jantung.
Risiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti darah tinggi.

7 - Mempunyai Kembar.
Penyelidik Amerika mengatakan ibu mempunyai kod genetik yang mana membuatkan mereka menghasilkan telur dengan banyak (mereka yang belajar biology mungkin lebih arif perkara ni). Oleh itu, mereka berkemungkinan akan melahirkan anak kembar setiap kali mengandung (berbahaya dari segi social anak-anak bila dah besar, kewangan, keperluan asas mereka,etc..etc..)

8 - Jerawat.
Kebanyakan remaja yang tumbuh jerawat dikaitkan dengan ibubapa mereka yang pernah mengalami masalah yang sama. Atau masalah kulit yang lain.

9 - Lactose Intolerance.
Tidak boleh minum susu.

10 - Botak.

Common dikalangan lelaki. Botak disebabkan oleh kerosakkan pada kod genetik kedua-dua ibubapa.


Saturday, March 26, 2011

Penting ke cantik?


Ramai orang cakap cantik itu subjektif...
Betul ke??

"Cantik itu adalah lumrah alam... setiap orang sukakan kecantikan..setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dari luaran dan dalaman.. terpulanglah pada individu untuk memilih kecantikan tersebut ke arah mana...
pilihan pada diri sendiri... betul tak.."

"
bagi xxx..lebih senang kita berkawan dengan perempuan yang cantik, kerana yang tidak cantik sebenarnya mempunyai something yang mengambarkan ianya tidak cantik.(bukan semua) xxx ada kisah tersendiri.meluat xxx pada yang tidak cantik(bukan semua) "

"Cantik tu kan Subjektif...setiap manusia ade cantiknya yang telah diciptakan khas untuk dirinya....

cantik tu penting ..tapi bukan lah cantik paras rupa tapi cantik akhlak dan pekerti nya "

"ntahlaa..cantek ni susah nk tafsir..cantek rupa sementara saja..cantek budi pekerti lebih kekal selamanya..mn yg anda pilih??cantek@sedap mata memandang??ngeeeeeee "


itu antara komen2 org
bila ditanya penting ke cantik..
mcm2 pandangan org mengenai cantik nie..

Biasanya kecantikkan begitu sinonim dengan wanita..
dan lelaki sinonim dengan macho xpun kacak...
xkan nak cakap lelaki tue cantik plak kn..
klu cantik,bunyi mcm maknyah jer...hihi.
[but..for me...lelaki korea semua cntik2...seriously..hehe]
ft island...my fav.group..ngeh3...

" first yg perlu ada kat calon bini aku tue..mesti la cantik beb...
klu setakat hidung kembang wat apa...org tgk pn nk t'muntah..
klu mcm tue la gayanya bek aku kawen ngan maknyah..hahahaha
"

"ish...klu bleh mesti la nak yang cantik..kulit putih,badan ramping,
hidung mancung,kulit gebu..."

"ala...walaupun perangai lagutue tp dia cantik ..
tapi xpa,aku kn cuba ubah perangai dia pelan2..muka dh xleh ubah...lebih bek pilih yg cantik"


kesimpulannya....
cantik jugak yang diplih..
so...mmg ternyata cantik itu penting...

bagi aku sendiri...
aku memang suka pada kecantikan tambah2 aku perempuan..
lagi2 la mmg suka pada yg cantik...
[that why...aku begitu addict ngan cite korea...sbb pelakon2 dia smua cantik..;D]
my princess..tgh layan skrg..hihi

tapi..
terpulang pada individu itu sendiri utk mentafsir
cantik itu sendiri..

contohnya mcm nie la..

"shud...cantik kn style rambut mamat tue?"

[suatu pgt di dlm bas rapid]

"hmmm...cantik ka????
[sambil wat muka x puas hati]
dlm hati..
"apa yg cantiknya...x rimas ka wat rambut cmtue..."

so..cantik di mata kita
x semestinya cantik di mata orang lain..

kalau la citarasa semua orang sama..
hidup kat dunia nie xdala warni-warninya...

disini aku akui...
cantik sememangnya sesuatu yang subjektif...

paras rupa yang cantik belum tentu bleh jadi ukuran
yang perangainya secantik paras rupa yang dimiliki..

sebenarnya kecantikan bukan saja dari paras rupa
tapi cantik juga dari akhlak yg baik,ilmu yg berguna
dan cara kita mnjaga diri kita..

Kadang2 tersedar diri nie..
nasib baik la aku x cantik[comel tue ada la cket..hehe]

kalau la aku cantik...
mesti aku nk tunjuk kecantikan aku tue...

kalau la aku cantik...
mesti ramai perempuan2 jeles kat aku..xda kawan la aku nnt.

kalau la aku cantik...
ramai gila laki nak kat aku...kacau hidup kalau lagutu...

kalau la aku cantik...
mesti aku jadi mangsa2 lelaki yg rosak akhlaknya sebabnya
lelaki2 mcm nie hnya memandang paras rupa semata2..

ternyata Allah s.w.t memang sayang kan aku..
Dia ciptakan aku seadanya utk aku menilai diri sndiri.

cantik di dunia x ke mana pun...dah tua
berkedut jugak..
tapi..
cantik di sisi Allah amat besar nilainya...

sesungguhnya wanita yg cantik adalah wanita yg solehah..
jadilah seperti Rabiatul Adawiyah..cintanya hanya utk
Allah S.W.T...
dia lah wanita tercantik disisi Allah s.w.t...

[jom kita layan video nie..ada mesej yg nk dismpaikn..enjoy it!!
!]





cantik kn???

tapi...
...
...
..
.

ni lagi cantik kn???


Tuesday, March 15, 2011

Antara Buluh & Paku-Pakis

Assalamualaikum w.b.t...

Terdetik dihati untuk menulis sesuatu mengenai
perjalanan hidup ini...

Perjalanan hidup sebagai seorang
hamba Allah s.w.t di dunia ini...

Kadang-kadang keluarga terutamanya mak & abah
selalu cakap" jangan putus-asa kak..mak abah
yakin kak mesti boleh buat & 1 ari nnt kn b'jaya..
mak abah selalu doakan kejayaan anak2"


Dan baru seketika tadi ku lihat kawan2 fb yg belajar
di oversea..alangkah hebatnya diorang..
dapat belajar sampai ke negara orang...

dan aku..
cuma mampu disini...

ramai rakan2 sebayaku telah berjaya dan
ada jugak yang telah bekerja..
tetapi aku masih mengajar impian..

Pabila perkara ini bermain dibenakku,
terus aku teringat mengenai antara buluh & paku-pakis
@ nama kampungnya pucuk paku...

Memandangkan aku nie org kampung,
pernah jgak aku mengikut abah ke bendang mengutip
pucuk paku..

dan selalunya di bendang ada pokok buluh..
kalau nak dibandingkan pokok buluh dan pucuk paku
ternyata pokok buluh lebih tinggi...

"selalunya pucuk paku orang x tanam kn bah?"

"mana ada org tanam...dia tumbuh sendiri..pucuk paku nie
dia cepat tumbuh..nnt kita kutip nie..dia tumbuh lg"

Terfikir aku untuk membezakan pokok buluh dan pucuk paku
yang ada di situ..

Pucuk paku cepat tumbuh tapi pokok buluh lambat.

Kalau diikutkan poko buluh mmg lambat tumbuh..
Masa nak raya pernah arwah tokwan berpesan kat pakcik..

"ambik buluh2 yg sesuai sudah la...jgan duk potong semua pokok
buluh tue...nnt taun depan x makan lemang la kita"

Memang pokok buluh lambat nk tumbuh..
kalau pucuk paku dah berganti generasi tapi pokok buluh baru nak bertunas..

tapi apa yang membezakan pokok buluh dan
pucuk paku disini..pokok buluh lambat tumbuh
sebab ia mengambil masa mengembangkan jaringan akar yang akan digunakan
seumur hidupnya untuk berdiri tinggi dan kukuh sehingga angin
sekuat manapun tidak mampu menumbangkannya.

"Allah tidak menguji kita diluar kemampuan"
teringat kembali kakak usrah yg prnh memberi tazkirah.

Inilah yang disebut dalam maksud firman
Allah s.w.t:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakanna dan dia
juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
(al-Baqarah:286)

"Jangan terlalu membandingkan diri kita dengan orang lain"
adikku Ayu pernah berpesan.

Aku sememangnya selalu membandingkan diri dengan
rakan-rakan yang kulihat mencapai impian mereka
dengan cepat..seolah2 tidak bnyak dugaan
yang mereka tempuhi.

Ya!Aku telah berusaha mengukuhkan 'akar'ku bertahun-tahun.
Aku telah meletakkan impian yang sangat tinggi..jauh
lebih tinggi daripada mereka..dan tentulah aku
memrlukan masa yang lebih..

Mereka cemerlang di bidang mereka dan aku juga
pasti akan cemerlang di bidang yang aku minati.

Kisah pucuk paku dan buluh tadi menjadi inspirasi
buatku..bukan untuk membanding pucuk paku ngan buluh
tapi sekadar mengambil iktibar dan insprasi dari ciptaan Allah.

Belukar ini wujud dengan adanya berbagai2 pokok dan tumbuhan.
Alam ini juga indah dengan pelbagai kemahiran dikalangan kita.

Dan kini..
aku yakin tunas impianku akan tumbuh secepat buluh selepas ini.
Aku akan berdiri teguh penuh yakin seperti
buluh yang tidak akan tercabut
dari bumi walaupun sesekali angin meniupnya
hingga melengkung ke bumi.

"Ya Allah,ya 'Aliy, ya Muta'ali...
Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Meninggikan kedudukan.

Aku berserah kepadaMu dalam usaha mencapai impianku
yang tinggi.







Sunday, March 13, 2011

Festival Nasyid Antara Universiti 2011[FeNUM11]

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdullilah..
semalam sempat saya ke Dewan Tunku Caunselor UiTM Shah Alam
menyaksikan Festival Nasyid Antara Universiti 2011(FeNUM11)..

Tahniah!!!
buat warga kolej Perindu dan juga semua penaja..

best sgt festival nasyid semalam..
Walaupun tak semua universiti mengambil bahagian
tapi festival tersebut berjaya diadakan..




-Dewan Tunku Naib Caunselor UiTM Shah Alam(Dewan ke-3 terbesar
diUiTM Shah Alam)-

-ramai jugak penonton semalam..rata2nya adalah warga
uitm s.alam sendiri selaku tuan rumah-


-selain nasyid,festival kali ini jugak turut merasmikan majlis amal Palestin-
-kak Farah merupakan ikon amal Palestin-
-peserta pertama: peserta dari UMS-
-peserta ke-2:dari Universiti Sains Islam Malaysia[USIM]:-peserta ke-3:Universiti Pertahanan Nasional Malaysia[UPNM]-

-festival turut diserikan oleh kehadiran kump. In-team(mniat sgt kump nie..hehe)-

-selain in-team..kump Ar-Rijjan trut hadir menyerikan majlis-

-peserta ke-4:UiTM Shah Alam-

-peserta ke-5:UiTM Perak-

-peserta ke-6:dari UPM-

-waktu dimana juri2 sedang memberi komen-

-akhirnya...tempat 1st:USIM..ke-2:UPM dan ke-3:UPNM-

Tahniah wat pemenang!!!
walaupun UiTM S.Alam x jadi juara tapi sebenarnya
turut rasa bangga sbb UiTM S.Alam sudi jadi tuan rumah untuk
festival nasyid kali ni..

Harap2 festival nasyid spt ini dapat diteruskan lagi ke peringkat2 yg
lebih tinggi...terutamanya ke peringkat kebangsaan...

Banyak manfaat yg dapat diperoleh melalui festival sebegini..
selain mengikat ikatan ukhwah antara pelajar universiti,
majlis sebegini juga mempunyai mesej tertentu yg ingin
disampaikan..terutamanya nasyid yg mengandungi
zikir2 memuji Allah s.wt dan Rasullullah s.a.w..


p/s: harap maaf...gambar2 x berapa jelas..kamera dah rosak..tangkap guna fon je..

Saturday, March 12, 2011

Lebih baik saya dari mereka?

Assalamualaikum w.b.t.

Senario Dalam Komuter :

Manusia bersesak-sesak mahu ke destinasi masing-masing. Sepasang kekasih, Teruna dan Dara masuk ke koc campuran bersama-sama.

"Kalau tak berteman takut nanti terlupa atau tertinggal stesen," kata Si Teruna.

Si Dara terus sahaja bersetuju. Sanggup bersesak-sesak asalkan dapat keluar dari tren bersama-sama. Sambil itu boleh juga berbual-bual, tidaklah bosan di dalam tren nanti. Klang ke Midvalley bukan dekat. Hampir sejam juga perjalanan. Itupun kalau tidak tersangkut-sangkut. Begitulah fikir Si Dara mengiakan logik cadangan Si Teruna.

Di dalam tren, sesaknya tidak terkata. Pasangan kekasih tadi terkepung. Ruang hendak berganjak tiada. Tambah parah koc yang mereka naiki tiada wanita lain. Hanya Si Dara itu seorang dan yang seorang itulah terpaksa bersesak dengan semua lelaki yang lain.

Maka Si Teruna dengan penuh rasa kasih sayang, 'caring', lagi 'protective' menarik Si Dara supaya lebih dekat dengannya.

"Awak peganglah baju saya. Tak adalah terlanggar orang lain. Tak pun awak sandar je kat sini." cadang Si Teruna sambil menunjuk ke arah dadanya.

Si Dara yang sememangnya daripada tadi rimas dikelilingi lelaki-lelaki asing mengangguk tanda setuju. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya. Terasa selamat, rasa dilindungi. Makin yakinlah Si Dara bahawa Si Teruna memang benar-benar menyayanginya. Makin mekar jugalah rasa kasih Si Dara kepada Si Teruna dan makin bangga jugalah Si Teruna kerana dapat melindungi Si Dara yang dicintainya.

Tren semakin lama semakin sesak. Makin terdesak jugalah Si Teruna dan Dara berpegangan. Si Dara tidak sanggup dirinya bersentuhan dengan lelaki lain. Maka makin kuatlah pegangannya ke pinggang Si Teruna. Si Teruna pula tidak sekali-kali membenarkan jantan lain menyentuh kekasihnya. Haram! Makin rapat jugalah ditariknya Si Dara.

" Lebih baik dia sentuh aku daripada mereka." bisik hati Si Teruna.

***

Persoalan saya, betulkah lebih baik begitu?

Inilah persoalan yang saya ajukan kepada Si Teruna dan Dara. Mereka mengaku tahu hukum bersentuhan antara bukan mahram.

"Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan dengan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." ( Riwayat Ibnu Majah )

"Tapi memang dah tak ada pilihan lain. Takkan nak dibiarkan Si Dara berlanggaran dengan semua lelaki lain?"

"Gua tak sanggup, bro! Itu awek gua, bro!" Bentak Si Teruna.

"Tapi dia seorang je lelaki yang saya kenal kat situ! Saya tak sanggup berlaga-laga dengan lelaki lain. Silap-silap kena raba. Sekurang-kurangnya Si Teruna sayang saya!" Bidas Si Dara pula.

Ya! Kenapa tak dibiarkan sahaja? Lebih baik dibiarkan Si Dara berlanggar dengan lelaki lain tanpa sengaja dari berpegangan dengan Si Teruna dengan sengaja!

"Yang tidak disengajakan itu mungkin boleh diampunkan Allah, tetapi adakah yang sengaja itu boleh diterima?"

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

"Kitab mana pula yang berkata lebih baik untuk Si Dara berpegangan dengan kekasihnya daripada bersentuhan dengan lelaki selainnya?"

"Apakah ada dinyatakan dalam hukum syara' bahawa memegan teman lelaki (atau tunang) itu lebih baik atau lebih kurang dosanya daripada memegang lelaki lain?"

Jikalau siapa merasakan ada dalilnya untuk mereka berbuat begitu, maka silalah tunjukkan pada dunia. Silakan teruskan berpelukan kalau benar ada syara' yang membenarkan. Kalau tidak ada, maka berjauhlah kalian daripada masing-masing. Biarlah Si Dara naik koc wanita, Si Teruna naik koc lain. Lebih baik terlepas stesen daripada melanggar larangan Allah swt.

Akhirnya, apabila disebut tentang larangan Allah swt teringat pula kepada satu perkara yang lebih penting ;

"Pergi 'dating' bersama tu, Allah swt benarkan ke?"

Friday, March 11, 2011

ingin menjadi lebih baik...insyaAllah



Assalamualaikum w.b.t...

Segala puji syukur buat Illahi yg masih
memberi kesempatan untukku menikmati kehidupan dunia
ini...segalanya adalah pinjaman dariNya...Allah s.w.t yg Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.

Hari nie sekali lagi Allah s.w.t memberi kesempatan untukku
menjenguk blogku yg agak lama ku kira tidak dibuka.
Kesibukkan diri dalam mencari ilmu, dengan test2 membuat ku terlupa
seketika untuk mengisi blog ku ini dgn tarbiah2 yg berguna.

Manusia x pernah lari dari membuat kesilapan...begitu
juga dengan diriku..
Aku...masih mencari erti sebenar hidupku..
Aku ingin berubah!!!!!
Berubah menjadi lebih baik..insyaAllah..

Ya Allah..
Engkau sesungguhnya Maha Pengasih Ya Allah..

Tika diri ini sedang cuba mencari ketenangan hidup..
Kau berikan ku banyak petunjuk Ya Allah..
hanya kalimah Alhamdullilah yg mampu ku lafazkan..
terima kasih Ya Allah...

Bila diingat kembali dosa2ku..
Alangkah malunya aku.
Aku begitu jahil dalam menilai mana baik dan mana buruk.
Imanku terlalu lemah...
tapi Terima Kasih Ya Allah..
Engkau memberiku hidayah.
Sesungguhnya aku amat bersyukur.

Dulu..aku cukup takut sekiranya ku menjejak kaki ke bandar
aku takut aku kn berubah..berubah kearah yg tidak baik..
walaupun aku sedaya upaya berdoa agar dikuatkan iman...
tapi sebagai remaja jiwaku selalu memberontak untuk
mengikut rentak2 kawan2 yg kdg2 ku anggap
ada baik & ada buruknya..

Tetapi ya Allah..
Kau melindungi ku ya Allah..
dan Kau berikan lagi ku kekuatan untuk aku terus mentarbiahkan diriku ya Allah..

Tanpa aku sedar..aku memang berubah..
tapi aku berubah untuk menjadi lebih baik..
Walaupun dugaan disekeliling begitu hebat tapi jiwaku tetap
kepadaMu Ya Allah..
dan aku yakin...itu adalah hidayah yg Kau berikan kepadaku.

dulu..
aku jarang sekali untuk ke surau kolej tapi disini
aku cuba untuk menjadi sahabat surau..
dulu..
aku jarang sekali untuk membaca buku2 agama
tapi disini aku membeli buku2 ilmiah supaya jiwaku sentiasa
diisi dengan ilmu2 yg berguna..
dulu..
aku selalu berbicara mengenai lelaki,tapi disini
aku cuba mengelak dari memandang lelaki bahkan mesej2
salam perkenalan dari lelaki tidak kusambut..bukan ku sombong,
tapi cukup la dgn dosa2 dulu..
dulu..
aku sentiasa berangan utk memakai pakaian yg cntik2,
tapi disini aku sedang cuba memakai pakaian yg betul2
mengikut syariat Islam.
dulu..
aku amat jarang menghadiri majlis2 ilmu..tapi
disini sekiranya ada majlis ilmu dan aku sedikit lapang
kn ku hadiri majlis2 ilmu itu..moga imanku makin kuat
dengan tarbiah2 yg disampaikan..
dulu..
aku jarang sekali utk membuka laman2 web mengenai hukum2 Islam..
tapi disini sekiranya ada kelapangan aku kan cuba mencari maklumat
Islam terutamanya di blog2 yg ku kira bnyk di internet.
dulu..
aku selalu isi halwa telingaku dgn lagu2 barat
tapi disini dlm mp3 ku penuhkan dgn surah2 Al-Quran dan jugak zikir2
mathurat..


Ya Allah..
betapa Kau menyayangiku Ya Allah..
Kau berikan hidayah..

Aku mohon Ya Allah..
Kau kuatkanlah imanku agar aku terus
mengingatiMu..
Jauhkanlah ku dari maksiat dan dosa2 duniawi..
hanya padaMu ku serahkan diri ini..
sesungguhnya padaMu jua kan kukembali...



-dgn membaca jiwa kan sentiasa terisi-

-best buku nie..my fren yg punya-
-karya Fatimah Syarha..bnyk memberi motivasi buat diri ini-